Tarikh | : 17 Oktober 2018 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | : Bilik Mesyuarat, Komplek Penghulu Mukim Bukit Kepong. |
Peserta | : Petugas Jabatan Pertanian Daerah Muar, Petugas RISDA Daerah Muar, Petugas PELADANG Daerah Muar, Petugas LKIM Daerah Muar Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik. |
Tujuan
Tujuannya mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan progres Program Taklimat Bantuan & Insentif Projek Pembangunan Pertanian & Industri Asas Tani 2018 yang bakal dianjurkan dan isu-isu yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut.
Aktiviti
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Sahruddin Bin Haji Jamal, Exco Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Kepong ini dimulai dengan proses pengenalan ringkas terhadap program yang akan dilaksanakan termasuk slot-slot penerangan dan pameran yang bakal diadakan disamping aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Mesyuarat diteruskan dengan proses perlantikan ahli jawatankuasa program serta pembahagian tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Selain itu mesyuarat juga merangkumi perbincangan mengenai aturcara dan progres program serta cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan program.
Tarikh | : 03 & 31 Oktober 2018 |
Masa | : 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja, Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti senamrobik selain pengemalan pemakanan yang seimbang.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan secara santai itu dimulakan dengan sedikit penerangan tentang pengamalan diet pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Aktiviti senamrobik dimulakan dengan sedikit regangan otot yang diketuai oleh petugas Pusat Internet seterusnya dengan memanfaatkan teknologi ICT yang tersedia di Pusat Internet, aktiviti ini dijalankan dengan berpandukan tutorial senamrobik di aplikasi Youtube.com melalui tayangan di Smart Board.
Tarikh | : 14 September 2018 |
Masa | : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Belia - Bariah Binti Rosli |
Tujuan
Tujuan kelas E-Dagang ini dijalankan adalah bertujuan mendidik peserta mengaplikasikan teknologi ICT masa kini dalam kehidupan seharian. Peserta diajar cara membuat pembayaran sesuatu bil kepada agensi-agensi tertentu melalui kaedah perbankan atas talian.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan peserta kepada teknologi ICT masa kini yang banyak membantu dan memudahkan sebarang urusan dalam kehidupan seharian. Peserta didedahkan kepada sistem perbankan atas talian dan perkhidmatan yang disediakan di dalam sistem tersebut termasuk pembayaran bil-bil utility, pinjaman pelajaran, pengisian semula pra-bayar dan sebagainya. Peserta kemudiannya diajarkan cara melakukan transaksi pembayaran bil dan pemindahan sejumlah wang bagi tujuan pembelian barangan secara atas talian.
Tarikh | : 19 September 2018 |
Masa | : 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti senamrobik selain pengemalan pemakanan yang seimbang.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan secara santai itu dimulakan dengan sedikit penerangan tentang pengamalan diet pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian. Aktiviti senamrobik dimulakan dengan sedikit regangan otot yang diketuai oleh petugas Pusat Internet seterusnya dengan memanfaatkan teknologi ICT yang tersedia di Pusat Internet, aktiviti ini dijalankan dengan berpandukan tutorial senamrobik di aplikasi Youtube.com melalui tayangan di Smart Board.
Tarikh | : 08 & 12 September 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih serta memahirkan pelajar dalam menyunting imej dalam sesuatu tugasan melalui aplikasi Microsoft Office 2010 dan Paint.
Aktiviti
Pelajar diajarkan mengenalpasti sesuatu imej yang dikehendaki di dalam Google Search dan memuat turun imej tersebut sebelum diajarkan menyunting dan memasukkan ke dalam tugasan pembelajaran melalui aplikasi Microsoft Office 2010 dan Paint. Tugasan tersebut dilakukan berdasarkan penerangan awal yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.