Tarikh : 18 Disember 2018
 Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran pelajar secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti abcya.com dan Uptoten.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran sesuatu subjek.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu abcya.com dan Uptoten.com yang dilihat sangat berpotensi bagi membantu tahap pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan animasi berkaitan dengan pembelajaran secara langkah demi langkah. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya dan akan diberikan markah diakhir segmen.

Gambar di sini

 Tarikh : 11 Disember 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini dan sumbangannya kepada manusia.

Aktiviti

Di dalam kelas tersebut, peserta pada awalnya diperkenalkan kepada jenis-jenis komunikasi dan fungsi-fungsinya. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada komunikasi melalui emel. Peserta diajarkan teknik-teknik membuka akaun gmail dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun emel. Setelah mempunyai akaun gmail, peserta didedahkan kepada teknik mencipta sesuatu emel melalui menu-menu dan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga pada akhirnya diajar mencipta sesuatu emel dan mengaplikasikan fungsi “lampiran” sebelum menghantar emel tersebut kepada penerima tertentu.

Gambar di sini

 Tarikh : 07 Disember 2018
 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk pelajar peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan laman web pendidikan tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan kepada laman web pendidikan yang berpotensi dalam pembelajaran peringkat rendah dan diperkenalkan kepada segmen Word Clouds. Segmen ini memerlukan kefahaman para pelajar terhadap kepentingan sesuatu perkataan dalam sesuatu text atau ayat dan menjadikan mesej yang disampaikan melalui text tersebut berbeza maksud melalui pengolahan sesuatu perkataan. Selaian itu, pelajar juga didedahkan kepada suasana pembelajaran di dalam permainan dengan menggunakan peralatan pembelajaran tertentu seperti Flash Card ABC.

Gambar di sini

 Tarikh : 08 Disember 2018
 Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Pagi
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika

 

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada para pelajar terhadap teknologi ICT masa kini yang dilihat sangat membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.

Aktiviti

Seawal kelas, pelajar diperkenalkan kepada teknologi computer masa kini yang mana ianya meliputi pengenalan kepada perkakasan komputer sehingga ke perisisan-perisian yang boleh dimanfaatkan. Setelah perkakasan computer perkenal dan didedahkan, para pelajar diperkenalkan pula kepada perisisan Microsoft Office Word dengan gambaran-gambaran menu asas yang diperkenalkan, seterusnya para pelajar diminta untuk mempraktik dan menggunakan perkakasan computer yang ada melalui Microsoft Office Word dengan penekanan menu-menu asas tertentu yang diterapkan.

Gambar di sini

 Tarikh : 05 Disember 2018
 Masa : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong, Ahli Jawatankuasa KOSPEN Kawasan Bukit Kepong dan wakil-wakil komuniti yang dilantik sebagai Skuad Pusat Internet.

 

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Program Jom Sihat yang bakal dijalankan termasuk aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang akan dilaksanakan selain kelengkapan-kelengkapan serta modul-modul yang diperlukan dalam program tersebut.

Aktiviti

Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang konsep program yang bakal dijalankan. Seterusnya mesyuarat merangkumi perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang bakal dilaksanakan termasuk modul-modul dan taklimat-taklimat yang bakal diadakan serta agensi-agensi yang terlibat dalam program yang dimaksudkan. Mesyuarat diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas yang disediakan.

Gambar di sini