Tarikh : 05 Disember 2018
 Masa : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong, Ahli Jawatankuasa KOSPEN Kawasan Bukit Kepong dan wakil-wakil komuniti yang dilantik sebagai Skuad Pusat Internet.

 

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Program Jom Sihat yang bakal dijalankan termasuk aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang akan dilaksanakan selain kelengkapan-kelengkapan serta modul-modul yang diperlukan dalam program tersebut.

Aktiviti

Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang konsep program yang bakal dijalankan. Seterusnya mesyuarat merangkumi perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang bakal dilaksanakan termasuk modul-modul dan taklimat-taklimat yang bakal diadakan serta agensi-agensi yang terlibat dalam program yang dimaksudkan. Mesyuarat diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas yang disediakan.

Gambar di sini