Secara umumnya, sumber ekonomi penduduk tempatan bagi Mukim Bukit Kepong dijana oleh aktiviti-aktiviti seperti pertanian dan perladangan, penternakan dan perikanan, perniagaan serta pelancongan. Oleh yang demikian, dengan adanya Pusat Internet yang terletak di Kampung Raja Bukit Kepong sedikit sebanyak mampu memberikan kesan yang positif dalam pertumbuhan ekonomi setempat. Melalui fungsi yang termaktub sebagai satu entiti yang merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sentiasa menawarkan khidmat sosial dan ekonomi bagi mencipta dan menambahbaik serta memberikan peluang kepada komuniti untuk memahami dan menjana peluang-peluang ke-ekonomian yang positif di kawasan sekitarnya.
Anda boleh klik pada tajuk di dalam kotak biru disebelah kiri halaman ini untuk maklumat lebih lanjut.