Kampung Kawasan Sekitar

Bukit Kepong merupakan satu kawasan penempatan yang terletak di daerah Muar dan terkenal dengan sejarahnya tersendiri selain makanan tempatannya yang sangat dikenali umum. Mukim Bukit Kepong merangkumi keseluruhan tujuh buah kampung termasuk satu daripadanya adalah merupakan perkampungan orang asli. Ditadbir oleh seorang ketua iaitu Penghulu yang dibantu oleh ketua-ketua bagi setiap kampung (Ketua Kampung) yang juga dilantik bagi melancar dan melicinkan setiap urusan dan pentadbiran kampung masing-masing. Selain kampung-kampung, terdapat juga sebuah taman yang mewakili kawasan penempatan yang berhampiran dengan pekan Bukit Kepong.

Antara kampung-kampung yang tersenarai di Mukim Bukit Kepong adalah :

  • Kampung Tui
  • Kampung Bukit Bendar
  • Kampung Raja
  • Kampung Sawah Laku
  • Kampung Wawasan
  • Kampung Bukit Panjang (Perkampungan Orang Asli)
  • Kampung Kechil
  • Taman Bukit Kepong
  • Pekan Bukit Kepong

 

Antara Logo kampung yang telah dicipta :

             LOGO KG BUKIT BENDAR

 

               LOGO KG RAJA

             LOGO KG SAWAH LAKU