Puan Zaharah Binti Abd Majid merupakan salah seorang penduduk Bukit Kepong yang begitu giat menghasilkan seni reka kraftangan yang mampu bersaing di pasaran semasa. Pelbagai hasil kraftangan telah dihasilkan beliau sejak beberapa tahun dahulu sehingga beberapa kali kraftangannya telah mengundang kedatangan pihak media terkemuka Negara untuk membuat liputan tentang proses penghasilan kraftangan tersebut. Antara yang dihasilkan oleh Puan Zaharah adalah produk yang berasaskan benang kait seperti beg tangan, beg sekolah, alas meja dan sebagainya. 

  

 

Arpah Binti Ali Husin merupakan salah seorang penduduk Kampung Bukit Bendar Bukit kepong yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggubah hiasan bunga yang akhirnya mampu dikomersialkan. Menggunakan sumber-sumber bahan seperti kertas dan plastik, Puan Arpah mampu menghasilkan sebuah hiasan bunga yang sangat kreatif dan dikatakan mampu menyaingi produk-produk hiasan yang dihasilkan oleh industri dari segi kualiti yang dihasilkannya. Bermula dari hobi mengisi masa lapang, Puan Arpah kini mampu menjana pendapatan tambahan daripada penjualan produk yang dihasilkannya itu melalui promosi-promosi tertentu yang dilakukannya. Selain menerima tempahan sebagai hiasan dalaman rumah, Puan Arpah juga menerima tempahan terhadap gubahannya itu bagi majlis-majlis keraian dan upacara-upacara tertentu.

 

   

Produk Tempatan Bukit Kepong

Kraftangan merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi sesuatu kawasan yang mana ianya juga tergolong dalam salah satu bidang keberhasilan negara melalui Industri Pelancongan. Begitu juga di kawasan Bukit Kepong, selain menjadikan pertanian dan perladangan sebagai sumber ekonomi utama, kraftangan juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat dalam menyumbang kepada hasil ekonomi setempat. Di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong umpamanya, para wanita juga tidak melepaskan peluang dalam menonjolkan bakat dalam penghasilan produk kraftangan selain ianya juga menjadi medium tambahan kepada pendapatan isi rumah. Permintaan terhadap produk kraftangan ini juga dikatakan amat menggalakkan. Selain tempahan dari masyarakat setempat, produk ini juga menerima tempahan dari luar kawasan berupa produk-produk yang berasaskan daun mengkuang, manik-manik dan bunga kertas serta barangan-barangan yang berasaskan sumber kitar semula. 

 

Produk Kraftangan Daun Mengkuang

- Produk kraftangan berasaskan daun mengkuang ini dihasilkan oleh Pn. Zaharah Abd Majid.

- Menerima tempahan antaranya seperti tikar, bakul rambung, tudung saji, ketumbu dan lain-lain lagi.

- Kepada yang berminat boleh menghubungi beliau di 011-322098511 / 017-7190212.

 

Produk Kraftangan Manik dan Bunga Telur

- Produk kraftangan manik dan bunga telur ini dihasilkan oleh Pn.Misridah Binti Ismail.

- Produk ini mendapat tempahan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis-majlis perkhwinan dan seumpamanya

- Segala pertanyaan mengenai produk ini boleh hubungi beliau di 011-32075910.