Arpah Binti Ali Husin merupakan salah seorang penduduk Kampung Bukit Bendar Bukit kepong yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggubah hiasan bunga yang akhirnya mampu dikomersialkan. Menggunakan sumber-sumber bahan seperti kertas dan plastik, Puan Arpah mampu menghasilkan sebuah hiasan bunga yang sangat kreatif dan dikatakan mampu menyaingi produk-produk hiasan yang dihasilkan oleh industri dari segi kualiti yang dihasilkannya. Bermula dari hobi mengisi masa lapang, Puan Arpah kini mampu menjana pendapatan tambahan daripada penjualan produk yang dihasilkannya itu melalui promosi-promosi tertentu yang dilakukannya. Selain menerima tempahan sebagai hiasan dalaman rumah, Puan Arpah juga menerima tempahan terhadap gubahannya itu bagi majlis-majlis keraian dan upacara-upacara tertentu.