Tarikh | : 23 Ogos 2024 |
Masa | : 03.30 Petang - 05.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Tujuan kelas masakan untuk kanak-kanak merangkumi beberapa aspek penting yang memberi manfaat dari segi perkembangan fizikal, mental, dan sosial mereka.
Aktiviti
Pada awalnya, petugas memberi pengenalan tentang peralatan dapur dan peralatan barang masakan. Petugas juga memberi penerangan tentang pemakanan seimbang. Seterusnya pengurus NADI memberi demo cara masakan chicken tortilla wraps dan finger briedstick. Selepas memberi demo cara pembuatan, pelajar dikehendaki membuat sendiri dengan pantaun petugas.
Tarikh | : 19 Julai 2024 |
Masa | : 03.30 Petang - 05.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Kelas kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan mempunyai beberapa tujuan penting yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, memperkasa pendidik, dan memperbaiki hasil pembelajaran.
Aktiviti
Petugas memberikan link untuk peserta melihat video pembelajaran dan kuiz dari laman web https://utmonline.utm.my/
Tarikh | : 14 Jun 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Memberi kemahiran pembelajaran English secara digital.
Aktiviti
Petugas mengajar English lingohut dengan tajuk “berjumpa seseorang”. Terdapat beberapa ayat yang perlu diulang dan dihafal oleh pelajar. Pelajar juga dikehendaki menulis Salinan ayat yang tertera di smartboard. Setelah pelajar menghafal, ada permainan pembelajaran melalui laman web lingohut.
Tarikh | : 6 Julai 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Google AutoDraw adalah alat berasaskan web yang menggabungkan teknologi pembelajaran dengan seni lukisan untuk membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih baik dengan cepat.
- Aktiviti
-
- Mengajar cara menggunakan AutoDraw, termasuk ciri-cirinya seperti alat lukisan asas, alat pemilihan, dan alat pengenalan gambar. Petugas menunjukkan bagaimana AutoDraw dapat mempercepatkan proses melukis dengan mengenali lakaran kasar dan mencadangkan gambar yang lebih baik. Mengaplikasikan AutoDraw dalam konteks pendidikan untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik, seperti membuat ilustrasi pantas untuk penjelasan konsep.
Tarikh | : 20 Jun 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Berkalobarasi Bersama KEMAS Tangkak dan Risda Muar untuk memberi kemahiran kepada peserta dan menjana pendapatan.
Aktiviti
Aktiviti ini NADI berkolabarasi dengan KEMAS Tangkak dan RISDA Muar. Pada permulaan sesi, Taklimat KDB dan pengenalan NADI kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Chef Zumiah pembantu KEMAS Tangkak. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat soft cookies dan finger breadstick. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan penjualan biskut tersebut.