Tarikh | : 18 Mac 2023 |
Masa | : 10:30 Pagi - 12:30 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat (Pelajar) |
Tujuan
Kelas animasi bergerak dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang kepelbagaian fungsi komputer yang boleh meningkatkan kreativiti mereka dan melatih mereka untu berfikir diluar kebiasaan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan menarik minat anak-anak komuniti setempat untuk belajar komputer dengan aplikasi yang menarik dan terkini.
Aktiviti
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas digital microsoft office yang mereka telah pelajari sebelum ini. Petugas telah menunjukkan satu contoh animasi bergerak yang telah siap terlebih dahulu. Selepas itu, petugas telah menunjukkan satu persatu langkah untuk membuat animasi bergerak dan peserta membuat sendiri secara teknikal dengan bantuan petugas. Di akhir kelas kesemua peserta berjaya menghasilkan animasi bergerak dengan cantik.
Tarikh | : 24 Februari 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Kelas Tiktok Shop Seller & Affiliate dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada komuniti yang berminat untuk memulakan perniagaan atau yang sudah lama berniaga untuk memasarkan produk mereka menggunakan aplikasi tiktok yang kini merupakan inisiatif baru dalam memasarkan produk dan menjalankan urusan jual beli.Ini juga merupakan salah satu inisiatif PEDi membantu usahawan dan komuniti meningkatkan jualan mereka dan menambah pendapatan mereka.
Aktiviti
Kelas telah dianjurkan oleh pihak Rakan digital PEDi Kg Raja Bukit Kepong dengan kerjasama PEDi Felda Medoi. Kelas telah diajar oleh Puan Suhana yang merupakan Rakan Digital dari PEDi Felda Medoi. Kelas telah dihadiri oleh komuniti setempat tanpa mengira peringkat umur. Kelas dimulakan dengan penerangan Puan Suhana terlebih dahulu. Setelah itu, peserta perlu membuat sendiri secara teknikal dengan bantuan daripada Puan Suhana dan petugas PEDi di akaun tiktok masing-masing.
Tarikh | : 27 Disember 2022 |
Masa | : 3:00 Ptg - 5:00 Ptg |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan aplikasi Canva. Petugas telah menerangkan kepada pelajar bahawa aplikasi canva boleh digunakan untuk membuat pelbagai tugasan seperti ingin membuat poster, kalender, jadual dan sebagainya. Namun pada kali ini, aktiviti akan fokus kepada membuat poster.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan petugas PEDi memberi penerangan tentang aplikasi canva. Petugas menerangkan cara untuk memilih template, atau untuk upload gambar lain yang diperlukan daripada internet dan lain-lain. Setelah itu, setiap pelajar diberikan tablet untuk kegunaan mereka untuk membuat satu poster mengikut kreativiti mereka sendiri. Tajuk poster adalah terbuka. Petugas PEDi telah memantau dan membantu mereka. 3 Poster yang paling cantik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan diberi hadiah saguhati.
Tarikh | : 6 Januari 2023 |
Masa | : 3:00 ptg - 5:00 ptg |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah rendah telah dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka cara menggunakan internet secara positif.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan permainan radio rosak. Tujuan utama permainan ini dijalankan ialah untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa apa sahaja cerita atau berita yang disampaikan perlulah sahih sebelum di kongsi di laman sosial kerana boleh mendatangkan fitnah atau spekulasi yang tidak benar. Setelah itu, petugas PEDi memberikan taklimat Klik Dengan Bijak tentang perkongsian di laman sosial. Setelah selesai taklimat Klik Dengan Bijak diadakan aktiviti dalam kumpulan. Setelah selesai peserta pun bersurai.
Tarikh | : 08 Disember 2022 |
Masa | : 09:00 pg - 12:00 tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui kepelbagaian menu masakan.
Aktiviti
Petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Chef Fadly Ibrahim (Wakil daripada pihak KEMAS). Chef Fadly menjalankan demostrasi masakan. Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Chef Fadly mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Semua kumpulan telah berjaya menghasilkan roti nan dan ayam tandoori dan dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai semua peserta bersurai.