Tarikh | : 5 September 2022 |
Masa | : 10:00 pg - 12:00 tghari |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Raja, Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
- Menyemarakan Hari kemerdekaan & Hari Malaysia pada bulan Ogos dan September. Selain itu, ia bertujuan menarik kembali komuniti pelajar untuk datang ke PEDi selepas fasa PKP dan memberi pendedahan kepada anak-anak untuk menggunakan kemudahan Internet secara positif melalui kempen Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
- Petugas memberikan taklimat klik dengan bijak dengan memilih tajuk Etika Penggunaan Laman Sosial. Petugas mengadakan aktiviti kuiz kemerdekaan sempena bulan Kemerdekaan dan hari Malaysia. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka (pertandingan bola beracun, mencari barang tersembunyi dan pertandingan tembakan tepat)
Tarikh | : 11 Ogos 2022 |
Masa | : 8:00 Pagi - 9:00 Pagi |
Tempat | : Tabika Kemas Kg Tui 1, Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar 4-6 Tahun |
Tujuan
- - Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tabika tentang perkakasan komputer dan kegunaannya.
- - Memberi pendedahan kepada anak-anak pentingnya penggunaan Komputer pada masa kini.
Aktiviti
- - Petugas memperkenalkan perkakasan komputer dan fungsi kegunaannya.
- - Petugas mengadakan sesi kuiz kepada anak-anak tabika untuk menguji kefahaman mereka.
- - Petugas mengadakan pertandingan kolaj bendera-bendera negeri di Malaysia sempena bulan
- kemerdekaan.
Tarikh | : 5 Ogos 2022 |
Masa | : 10:00 Pagi hingga 11:00 Pagi |
Tempat | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
- - Pengenalan Kepada MS Word
- - Asas menaip guna MS Word
Aktiviti
- - Petugas mengajar modul Microsoft word dan fungsinya.
- - Pelajar dapat mempelajari asas word, pengenalan komputer dan mempelajari asas menaip.
Tarikh | : 19 Ogos 2022 |
Masa | : 3:00 Petang - 5:00 Petang |
Tempat | : Balairaya Kg Bukit Bendar Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
- Memberi pendedahan kepada komuniti tentang sumber kewangan yang mereka boleh perolehi dengan membuat pinjaman modal dari pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selain iut, aktiviti membuka peluang kepada komuniti memulakan perniagaan bagi mereka yang kekurangan modal perniagaan. Aktiviti juga dapat memberi pendedahan tentang jenayah siber melalui ceramah Klik dan Bijak dan edaran pamplet tentang penipuan kewangan dalam talian.
Aktiviti
Wakil daripada Pusat Ekonomi Digital Kg Raja Bukit Kepong memberi sedikit ceramah tentang Klik Dengan Bijak. Selepas itu, wakil daripada pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) member taklimat tentang sumber kewangan yang boleh dimohon oleh komuniti untuk aktivitiperniagaan. Di akhir program telah diadakan cabutan nombor bertuah.
Tarikh | : 28 Julai 2022 |
Masa | : 10:30 Pagi - 12:30 Tengahari |
Tempat | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
- -Aktiviti yang dijalankan bertujuan membuka peluang kepada komuniti menjana pendapatan dengan
- kerjasama PEDi dan RISDA.
- -Mendedahkan kepada komuniti peluang untuk menjana pendapatan melalui jualan produk
- -Menjalankan kempen MIV dengan mengadakan advokasi Klik Dengan Bijak
Aktiviti
- -Petugas PEDi telah menjalankan Kempen kesedaran Klik Dengan Bijak bertajuk Etika Perkongsian di
- Laman Sosial.
- -Petugas menjalankan kuiz sempena program Klik Dengan Bijak.
- -Petugas PEDi menjalankan demostrasi masakan roti Tortila dan Mash Potato kepada komuniti.
-Komuniti diberi peluang menjalankan amali cara membuat roti Tortila dan Mash Potato.