Tarikh    : 19 Jun 2023                                            
Masa  : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta : Komuniti Setempat

 

Tujuan

Tujuannya Memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pengusaha makanan berkenaan pengendalian makanan yang betul. Selain itu, dapat mencegah dan mengawal penyakit bawaan makanan seperti taun, keracunan makanan dan sebagainya. Kursus ini juga meningkatkan tahap keselamatan dan mutu makanan yang dijual oleh peniaga

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi zoom, kerana kelas dilakukan secara online. Petugas juga turut memberikan taklimat perkhidmatan PEDi dan advokasi. Kelas bermula secara online. Petugas memastikan kelas berjalan dengan lancar. PEDi berkolabarasi Bersama agensi yang diikitiraf KKM iaitu NZ Bunga Venture.

Gambar disini.

 

Tarikh   : 30 Mei 2023                                                                                                                                 
Masa  : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong
Peserta  : Komuniti Setempat

 

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memberi penerangan dan pembelajaran cara mengisi maklumat secara online.

Aktiviti

Pelajar perlu membaca buku untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan di system nilam online. Petugas memberi tunjuk ajar cara mengisi nilam secara online.

Tarikh  : 10 April 2023                                                                                                                                
Masa : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahri
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Aktiviti Ramadhan Datang Kami Syukuri dijalankan untuk memeriahkan bulan Ramadhan dengan melakukan pelbagai aktiviti di PEDi bersama komuniti setempat. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim diantara petugas PEDi dan komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini merupakan kolaborasi dengan pihak RISDA, Perpustakaan Desa Kg Raja dan RTC. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tadarus Al Quran surah Ar Rahman, pertandingan tulisan khat, kuiz Nuzul Al Quran dan juga pertandingan puzzle. Setelah selesai semua pertandingan, turut diadakan aktiviti balingan bertuah dan semua peserta telah terlibat dan mendapat hadiah saguhati. 

Gambar disini.

Tarikh : 12 April 2023                                                                                                                                 
Masa : 10:30 Pagi - 12:30 Tengahari
Tempat : PEDi Kg Raja Bukit Kepong
Peserta : Komuniti setempat 

 

Tujuan

Aktiviti diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan golongan pelajar tentang hari Nuzul Quran melalui aktiviti kuiz digital. Selain itu terdapat juga aktiviti mewarna untuk menarik minat golongan pelajar untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Raja Bukit Kepong.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas tentang hari Nuzul Quran oleh petugas PEDi. Setelah itu, peserta diberi pendedahan tentang hari Nuzul Quran melalui Kuiz Digital. Aktiviti kuiz ini secara tidak lansung memberi peluang kepada semua peserta untuk menggunakan komputer dan menggunakan aplikasi kuiz digital. Setelah itu telah diadakan pertandingan mewarna sempena hari Nuzul Quran. 

Gambar disini.

 

 

Tarikh  : 20 Mac 2023                                                                                                                                 
Masa : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : PEDi Kg Raja Bukit Kepong
Peserta : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar  masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui kepelbagaian menu masakan.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Chef Fadly Ibrahim (Wakil daripada pihak KEMAS). Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Chef Fadly. Peserta telah diajar untuk memotong ikan dengan cara yang betul, cara membuat bancuhan untuk mengoreng ikan dan cara untuk membuat sos untuk fish & chip. Setelah selesai semua peserta bersurai.

Gambar disini.