Tarikh   : 25 November 2022 
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari                                                                                                       
Tempat : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong
Peserta : Komuniti Sertempat

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti daripada peringkat awal tentang penggunaan komputer dan kepentingannya pada masa kini serta melahirkan komuniti yang celik komputer terutama untuk aplikasi yang paling penting iaitu microsoft office.

Aktiviti   

Petugas menerangkan tentang perkakasan komputer kepada peserta. Petugas juga telah  memberi tunjuk ajar satu persatu tentang aplikasi Microsoft word yang merupakan aplikasi penting samada ketika belajar atau ketika bekerja. Petugas memberi peluang pada peserta untuk menaip menggunakan aplikasi Microsoft word dan menggunakan fungsi-fungsi yang lain seperti memasukkan gambar dan sebagainya.

 

Gambar disini.

Tarikh    : 24 November 2022
Masa : 09:00 am - 12.00 pm
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong                                   
Peserta : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada komuniti yang bekerja sendiri tentang kewujudan skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri. Selain itu, aktiviti ini memberi pendedahan tentang kelebihan yang ada apabila mendaftar dengan PERKESO. Aktiviti ini juga, memudahkan komuniti untuk membuat pendaftaran secara terus tanpa perlu ke pejabat PERKESO.

 

Aktiviti

  • 2 wakil daripada pihak PERKESO Muar memberi penerangan tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri. Kumpulan sasaran Orang bekerja Sendiri adalah :
  •      *SPS Tani
  •      *SPS Seni
  •      *SPS Lain Upaya
  •      *SPS Lancong
  •      *SPS Usahawanita
  •      *SPS Jaja
  •      *SPS GIG
  •      *SPS Asal
  • Pihak PERKESO Muar juga telah membuka pendaftaran kepada sesiapa yang berminat dengan bayaran RM 46.60 setahun. 

 

Gambar disini.

Tarikh   : 20 Oktober 2022              
Masa : 10:00 am - 11:00 am
Lokasi     : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong                                          
Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Kg Orang Asli Bukit Panjang

 

Tujuan

  • Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang penggunaan komputer dan kepentingannya pada masa kini. Selain itu, aktiviti dapat menarik kembali komuniti pelajar untuk datang ke PEDi selepas fasa PKP dan memberi pendedahan kepada anak-anak untuk menggunakan kemudahan Internet secara positif melalui kempen Klik Dengan Bijak.

 

Aktiviti

  • Petugas memberikan taklimat klik dengan bijak dengan memilih tajuk Etika Penggunaan Laman Sosial. Selepas itu, petugas menerangkan tentang perkakasan komputer kepada anak-anak. Petugas memberi peluang pada anak-anak untuk menaip menggunakan komputer. Petugas mengadakan kuiz kepada anak-anak tentang PEDi dan tentang perkakasan komputer.

 

Gambar disini.

 

Tarikh     : 21 Oktober 2022                                                                                                                          
Masa : 09:00 am - 12:00 am
Tempat : Pusat Komuniti Bukit Kepong
Peserta : Komuniti Bukit Kepong

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar  masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui aktiviti masakan. Petugas PEDi juga telah menjalankan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

 

Aktiviti

Hadirin diberi penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Puan Suhana binti Saparni. Puan Suhana menjalankan demostrasi masakan Brownies. Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Puan Suhana. Petugas PEDi memberi sedikit taklimat KDB secara umum. Setelah selesai semua pesertabersurai.

Gambar disini.

Tarikh    : 21 September 2022 
Masa : 8:30 Pagi - 11:30 Pagi    
Tempat     : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Raja Bukit Kepong                                           
Peserta : Komuniti Setempat

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar  masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui aktiviti masakan.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Chef Fadly Ibrahim (Wakil daripada pihak KEMAS). Chef Fadly menjalankan demostrasi masakan. Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Chef Fadly. Setelah selesai semua peserta bersurai.

 

Gambar disini.