Tarikh | : 25 November 2022 |
Masa | : 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari |
Tempat | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Sertempat |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti daripada peringkat awal tentang penggunaan komputer dan kepentingannya pada masa kini serta melahirkan komuniti yang celik komputer terutama untuk aplikasi yang paling penting iaitu microsoft office.
Aktiviti
Petugas menerangkan tentang perkakasan komputer kepada peserta. Petugas juga telah memberi tunjuk ajar satu persatu tentang aplikasi Microsoft word yang merupakan aplikasi penting samada ketika belajar atau ketika bekerja. Petugas memberi peluang pada peserta untuk menaip menggunakan aplikasi Microsoft word dan menggunakan fungsi-fungsi yang lain seperti memasukkan gambar dan sebagainya.