IMG 20180919 172907 IMG 20180919 172922

IMG 20180919 180405

 

Menjadi keperluan pada masa kini, aspek kesihatan menjadi perkara utama dan dianggap sangat penting untuk diambil berat melalui pengamalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua elemen ini saling berkait rapat dan perlu diseimbangkan mengikut kriteria dan ciri-ciri individu tertentu. Di Bukit Kepong misalnya, kemuafakatan komunitinya jelas terlihat daripada pelbagai aktiviti-aktivi serta program-program yang dijalankan dari masa ke semasa samada anjuran dari pelbagai agensi mahupun dari komuniti itu sendiri. Aktiviti senamrobik antaranya merupakan aktiviti kaum wanita di Bukit Kepong yang dilihat sangat aktif dan dijalankan pada setiap minggu menjadikan ianya sebagai bukti kesedaran komuniti terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Dengan adanya kemudahan insfrastruktur dan teknologi digital yang disediakan, kini aktiviti senam robik ini giat dijalankan di Pusat Internet Kampung Raja dengan kemudahan tayangan visual yang disediakan.

 

 

Menjadi aktiviti bulanan wanita di kawasan Bukit Kepong, kelas atau bengkel masakan tidak pernah terlepas dari aturan jadual yang direncanakan. Terbaru melalui kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Internet (PI) Kampung Raja Bukit Kepong, satu bengkel masakan telah berjaya dianjur dengan penglibatan wanita-wanita dari kawasan sekitar samada dari Kampung Tui, Kampung Raja, Kampung Bukit Bendar, Kampung Sawah Laku dan Kampung Kecil. Bengkel masakan kali ini adalah berasaskan Cheese dan Swissroll yang mana setiap peserta diberi penerangan lengkap berkenaan cara masakan yang betul dan berkesan. Peserta juga diberi peluang untuk menggubah dan merekacipta masakan kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Yang pastinya, selain berteraskan minat terhadap masakan, peserta juga didedah dan digalakkan untuk berniaga melalui masakan-masakan yang mereka pelajari.

Peranan wanita yang utama adalah mendidik anak-anak dan membangunkan institusi kekeluargaan. Pun begitu, islam telah mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai bidang sebagai seorang anak, isteri, ibu dan anggota masyarakat. Oleh yang demikian, adalah sangat perlu bagi wanita dalam mencari keseimbangan dalam memainkan pelbagai peranan ini.

 

Wanita Bukit Kepong

pelbagai aktiviti wanita yang dilakukan oleh kumpulan wanita Bukit Kepong, antaranya:

1. membuat bacaan yasin setiap minggu.

2. kelas jahitan

3. kelas memasak.

4. kelas kraftangan.

5. marhaban.

6. aktiviti sukan antaranya senamrobik.

7. aktiviti gotong royong.

.

aktiviti senamrobik yang diadakan setiap petang khamis

aktiviti bacaan yasin dan marhaban

 

   

Bengkel Membuat Kek Lapis

 

Program hijau - Gotong-royong wanita untuk menanam bunga sepanjang jalan.

Kraftangan merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi sesuatu kawasan yang mana ianya juga tergolong dalam salah satu bidang keberhasilan negara melalui Industri Pelancongan. Begitu juga di kawasan Bukit Kepong, selain menjadikan pertanian dan perladangan sebagai sumber ekonomi utama, kraftangan juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat dalam menyumbang kepada hasil ekonomi setempat. Di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong umpamanya, para wanita juga tidak melepaskan peluang dalam menonjolkan bakat dalam penghasilan produk kraftangan selain ianya juga menjadi medium tambahan kepada pendapatan isi rumah. Permintaan terhadap produk kraftangan ini juga dikatakan amat menggalakkan. Selain tempahan dari masyarakat setempat, produk ini juga menerima tempahan dari luar kawasan berupa produk-produk yang berasaskan daun mengkuang, manik-manik dan bunga kertas serta barangan-barangan yang berasaskan sumber kitar semula. Antara wanita yang bergiat aktif dalam menghasilkan produk-produk kraftangan ini adalah :

 

- Pn. Zaharah Abd Majid  (menghasilkan produk dari tikar mengkuang)

 

- Pn. Arpah Ariffin (menghasilkan produk dari bahan terbuang)

 

- Pn. Misridah Ismail ( Menghasilkan produk dari manik dan bunga kertas)