Galeri Darurat Bukit Kepong merupakan usaha berterusan pihak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia untuk menggambarkan peristiwa bersejarah yang membawa kepada Darurat di Tanah Melayu sejak 1948. Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menggulingkan kerajaan yang sah melalui revolusi bersenjata telah memakan masa yang lama dan mendatangkan kemusnahan baik dari segi kebendaan mahupun korban nyawa. Kemerdekaan Negara dari penjajahan British dalam tahun 1957 dicapai melalui kebijaksanaan politik dan bukannya dari satu revolusi berdarah seperti yang dilancarkan oleh PKM. Pengorbanan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menegakkan kedaulatan dan keamanan sentiasa dikenang dan diabadikan di hati dan sanubari setiap lapisan masyarakat. Tindak-tanduk komunis dan keadaan huru-hara yang diwujudkan oleh mereka menjadi pengajaran kepada semua pihak. Sesungguhnya keganasan, ekstrimisme, revolusi bersenjata, kekerasan, kezaliman, huru-hara, hasutan dan seumpamanya yang menggugat keselamatan dan keamanan tidak akan pernah mendapat tempat di hati dan sanubari rakyat yang cintakan kedamaian.

Kejernihan dan kesejukan air dari Hutan Lipur Gunung Ledang, Sagil, Ledang setinggi 1276 meter sememangnya memukau para pengunjung yang mencintai kedamalan udara nyaman dan segar. Terletak kira-kira 15 km dari bandar Tangkak dan Lebuh Raya Utara Selatan, ianya sudah pasti menjadi tarikan kepada pelancong baik dari dalam atau luar Daerah Ledang terutamanya pada hujung minggu atau cuti.


Suasana yang damai dan desiran air terjun beberapa tingkat serta bunyi sang unggas cukup mengasyikkan itu mampu memberikan ketenangan untuk para pengunjung berehat dengan aman. Di Hutan Lipur Gunung Ledang ini terdapat beberapa kolam dan is amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak atau dewasa. Walaupun air terjunnya datang dari Pergunungan Gunung Ledang, para pengunjung yang meminati aktiviti lasak boleh mendaki ke atas melalui anak tangga dan menyusuri akar-akar pokok hingga ke kemuncak Gunung Ledang. Setiap ketinggian yang didaki memberi peluang kepada pengunjung melihat pokok-pokok yang telah berusia 100 tahun. Keindahan flora dan fauna dari pelbagai spesis turut dapat dilihat di Gunung Ledang dan salah satu daripada keunikannya ialah `Orkid Selipar' yang hanya boleh didapati di Gunung Ledang ini sahaja. Hutan Lipur Gunung Ledang yang menjadi hutan simpan inijuga kaya dengan pokok-pokok herba dan akar-akar kayu yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

 

Muar River Cruise merupakan salah satu tarikan pelancong bagi pengunjung yang datang ke Bandar Muar. Terletak di Tanjung Jeti Emas, Muar. Disini, pelancong dapat menyelusuri keindahan semulajadi hutan pokok bakau dan juga aktiviti menjala ikan sepanjang Sungai Muar. Dengan keindahan semula jadi pengunjung dapat merehatkan minda selain mengisi masa lapang bersama keluarga di hujung minggu. Harga bagi orang dewasa RM15.00 dan kanak - kanak RM7.00.

Jeti Tanjung Emas, Muar

Pengunjung sedang membayar tiket.

Jeti Tanjung Emas.

Melalui Jambatan Sutlan Ismail yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dan Tanjong Agas.

Antara pemandangan menarik Masjid Sultan Ibrahim yang boleh dilihat ketika menaiki bot.

Pemandangan semulajadi yang menenangkan.

 

Air terjun yang segar terdapat di sini yang dikenali sebagai air terjun Sungai Bantang. Air terjun ini sangat unik kerana mempunyai keunikan alam semulajadinya tersendiri. Air tejun Sungai Bantang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Labis dan berada di kompartmen 17 iaitu seluas 210.93h dan kompartmen 18 seluas 156.28h. Mula diteroka pada tahun 1989 dan dimajukan sebagai tempat percutian pada tahun 1990. Terletak lebih kurang 64km dari bandar Segamat dan 8km dari pekan Bekok. Jabatan Hutan Daerah Segamat telah menggunakan tema "Destinasi Luar Anda" sebagai langkah untuk memperkenalkan tempat ini bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan dan terdapat juga aktiviti 'jungle traking'.

 

Kolam Air Panas Labis terletak di Kg Tenang hanya 10km dari pekan Labis. Jarak dari Segamat hanya 42km. Kolam Air Panas terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalaman yang berbeza. Kawasan ini amat sesuai dijadikan tempat beriadah seisi keluarga. Selain itu, turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas. Turut disediakan bilik sauna bagi menikmati pengalaman yang menyeronokkan. Terdapat banyak pengalaman dari masyarakat yang menyatakan kolam air panas ini mempunyai khasiat untuk memulihkan kesihatan.

  

Sub-kategori