Galeri Darurat Bukit Kepong merupakan usaha berterusan pihak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia untuk menggambarkan peristiwa bersejarah yang membawa kepada Darurat di Tanah Melayu sejak 1948. Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menggulingkan kerajaan yang sah melalui revolusi bersenjata telah memakan masa yang lama dan mendatangkan kemusnahan baik dari segi kebendaan mahupun korban nyawa. Kemerdekaan Negara dari penjajahan British dalam tahun 1957 dicapai melalui kebijaksanaan politik dan bukannya dari satu revolusi berdarah seperti yang dilancarkan oleh PKM. Pengorbanan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menegakkan kedaulatan dan keamanan sentiasa dikenang dan diabadikan di hati dan sanubari setiap lapisan masyarakat. Tindak-tanduk komunis dan keadaan huru-hara yang diwujudkan oleh mereka menjadi pengajaran kepada semua pihak. Sesungguhnya keganasan, ekstrimisme, revolusi bersenjata, kekerasan, kezaliman, huru-hara, hasutan dan seumpamanya yang menggugat keselamatan dan keamanan tidak akan pernah mendapat tempat di hati dan sanubari rakyat yang cintakan kedamaian.
http://kgraja.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/143-galeri-darurat-bukit-kepong#sigFreeId113888cadc