Air terjun yang segar terdapat di sini yang dikenali sebagai air terjun Sungai Bantang. Air terjun ini sangat unik kerana mempunyai keunikan alam semulajadinya tersendiri. Air tejun Sungai Bantang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Labis dan berada di kompartmen 17 iaitu seluas 210.93h dan kompartmen 18 seluas 156.28h. Mula diteroka pada tahun 1989 dan dimajukan sebagai tempat percutian pada tahun 1990. Terletak lebih kurang 64km dari bandar Segamat dan 8km dari pekan Bekok. Jabatan Hutan Daerah Segamat telah menggunakan tema "Destinasi Luar Anda" sebagai langkah untuk memperkenalkan tempat ini bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan dan terdapat juga aktiviti 'jungle traking'.