WhatsApp Image 2023 08 26 at 11.35.01

NAMA  : NOOR EDAYATI BINTI SELAMAT (PENGURUS) 
ALAMAT : T/L 28/1, KAMPUNG BUKIT BENDAR, BUKIT KEPONG, 84030 MUAR, JOHOR
NO TELEFON  : 013-3798992
LULUSAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL ANTROPOLOGI & DAKWAH DENGAN      KEPUJIAN (UNISZA)
TEMPOH BERKHIDMAT  : 2015 - KINI (9 TAHUN)

 

 

 

WhatsApp Image 2023 08 26 at 11.35.17

NAMA                                 : RAIHAN BT MD AHAD (PENOLONG PENGURUS)
ALAMAT : NO 23, KG RAJA BUKIT KEPONG, 84030 MUAR, JOHOR
NO TELEFON : 013-7077712
LULUSAN : BACELOR PENGURUSAN ALAM SEKITAR (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)                                    
TEMPOH BERKHIDMAT : 2022 - KINI (2 TAHUN)

 

SEJARAH PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG RAJA BUKIT KEPONG

Memulakan tapak di Pusat Internet Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong pada 2010, kini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Raja Bukit Kepong telah berpindah ke lokasi yang lebih strategik iaitu beralamat di KT 83, Kampung Raja, Bukit Kepong, 84030 Muar, Johor. Mengambil faktor kedudukan atau lokasi serta keahlian baru, NADI Kampung Raja Bukit Kepong (dahulunya PEDi & PI1M Kg Raja) telah memulakan operasinya pada Januari 2016 dengan kemudahan-kemudahan tertentu serta peralatan dan perkakasan perkomputeran yang terkini dan serba baru.

Pada 02 Ogos 2016 bersamaan 28 Syawal 1437H, NADI Kampung Raja Bukit Kepong telah menerima kunjungan dari Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Johor, sekaligus merasmikan NADI Kampung Raja Bukit Kepong sempena Program Hari Bersama Komuniti 2016. Program yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh Puan Hajah Rahimah Najibah Binti Abd Rahim, Pengerusi PDK kawasan Bukit Serampang selain kunjungan dari wakil Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM).

 

 

Berikut merupakan bilangan dan jenis pekerjaan bagi penduduk Bukit Kepong pada tahun 2013. Sumber daripada Pejabat Penghulu Mukim Bukit Kepong. 

KAWASAN

BILANGAN

PERATUSAN ( % )

Kg Tui & Kg Padang

522

32.5

Kg Bukit Panjang

119

7.4

Kg Wawasan & Kg Sawah Laku

245

15.3

Kg Raja & Kg Bukit Bendar

719

44.8

Jadual : Taburan Penduduk Bukit Kepong

 

JENIS PEKERJAAN

PERATUSAN ( % )

Perladangan sawit

75.0

Perladangan getah

10.0

Penternakan haiwan

2.0

Perniagaan

5.0

Sektor Swasta

3.0

Lain-lain

5.0

Jadual : Jenis Perkerjaan Penduduk Bukit Kepong

Kampung Kawasan Sekitar

Bukit Kepong merupakan satu kawasan penempatan yang terletak di daerah Muar dan terkenal dengan sejarahnya tersendiri selain makanan tempatannya yang sangat dikenali umum. Mukim Bukit Kepong merangkumi keseluruhan tujuh buah kampung termasuk satu daripadanya adalah merupakan perkampungan orang asli. Ditadbir oleh seorang ketua iaitu Penghulu yang dibantu oleh ketua-ketua bagi setiap kampung (Ketua Kampung) yang juga dilantik bagi melancar dan melicinkan setiap urusan dan pentadbiran kampung masing-masing. Selain kampung-kampung, terdapat juga sebuah taman yang mewakili kawasan penempatan yang berhampiran dengan pekan Bukit Kepong.

Antara kampung-kampung yang tersenarai di Mukim Bukit Kepong adalah :

  • Kampung Tui
  • Kampung Bukit Bendar
  • Kampung Raja
  • Kampung Sawah Laku
  • Kampung Wawasan
  • Kampung Bukit Panjang (Perkampungan Orang Asli)
  • Kampung Kechil
  • Taman Bukit Kepong
  • Pekan Bukit Kepong

 

Antara Logo kampung yang telah dicipta :

             LOGO KG BUKIT BENDAR

 

               LOGO KG RAJA

             LOGO KG SAWAH LAKU

 

Shahrudin Jamal

 

Carta Organisasi 

PARLIMEN

PAGOH

NAMA AHLI PARLIMEN

YB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

DEWAN UNDANGAN NEGERI

DUN BUKIT KEPONG

NAMA ADUN

YB DR. SHAHRUDIN BIN HJ. JAMAL

DAERAH JAJAHAN/BAHAGIAN

MUAR

NAMA PEGAWAI DAERAH

TUAN HAJI HASRIN KAMAL BIN HASHIM

MUKIM/DAERAH

BUKIT KEPONG MUAR

NAMA PENGHULU MUKIM

HAMZAH BIN ABU BAKAR

 

 

Maklumat Kedudukan & Peta- Negeri

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Maklumat Kedudukan & Peta-Daerah

 

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan Melaka di utara, Segamat di timur dan Batu Pahat di selatan.

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang  (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain  ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing  bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir  melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di  Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri  dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

 

(sumber:laman web portal Muar)