Maklumat Kedudukan & Peta- Negeri

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Maklumat Kedudukan & Peta-Daerah

 

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan Melaka di utara, Segamat di timur dan Batu Pahat di selatan.

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang  (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain  ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing  bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir  melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di  Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri  dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

 

(sumber:laman web portal Muar)