Menjadi aktiviti bulanan wanita di kawasan Bukit Kepong, kelas atau bengkel masakan tidak pernah terlepas dari aturan jadual yang direncanakan. Terbaru melalui kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Internet (PI) Kampung Raja Bukit Kepong, satu bengkel masakan telah berjaya dianjur dengan penglibatan wanita-wanita dari kawasan sekitar samada dari Kampung Tui, Kampung Raja, Kampung Bukit Bendar, Kampung Sawah Laku dan Kampung Kecil. Bengkel masakan kali ini adalah berasaskan Cheese dan Swissroll yang mana setiap peserta diberi penerangan lengkap berkenaan cara masakan yang betul dan berkesan. Peserta juga diberi peluang untuk menggubah dan merekacipta masakan kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Yang pastinya, selain berteraskan minat terhadap masakan, peserta juga didedah dan digalakkan untuk berniaga melalui masakan-masakan yang mereka pelajari.