Kraftangan merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi sesuatu kawasan yang mana ianya juga tergolong dalam salah satu bidang keberhasilan negara melalui Industri Pelancongan. Begitu juga di kawasan Bukit Kepong, selain menjadikan pertanian dan perladangan sebagai sumber ekonomi utama, kraftangan juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat dalam menyumbang kepada hasil ekonomi setempat. Di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong umpamanya, para wanita juga tidak melepaskan peluang dalam menonjolkan bakat dalam penghasilan produk kraftangan selain ianya juga menjadi medium tambahan kepada pendapatan isi rumah. Permintaan terhadap produk kraftangan ini juga dikatakan amat menggalakkan. Selain tempahan dari masyarakat setempat, produk ini juga menerima tempahan dari luar kawasan berupa produk-produk yang berasaskan daun mengkuang, manik-manik dan bunga kertas serta barangan-barangan yang berasaskan sumber kitar semula. Antara wanita yang bergiat aktif dalam menghasilkan produk-produk kraftangan ini adalah :
- Pn. Zaharah Abd Majid (menghasilkan produk dari tikar mengkuang)
- Pn. Arpah Ariffin (menghasilkan produk dari bahan terbuang)
- Pn. Misridah Ismail ( Menghasilkan produk dari manik dan bunga kertas)