Tarikh | : 21 Oktober 2022 |
Masa | : 09:00 am - 12:00 am |
Tempat | : Pusat Komuniti Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Bukit Kepong |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui aktiviti masakan. Petugas PEDi juga telah menjalankan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).
Aktiviti
Hadirin diberi penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Puan Suhana binti Saparni. Puan Suhana menjalankan demostrasi masakan Brownies. Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Puan Suhana. Petugas PEDi memberi sedikit taklimat KDB secara umum. Setelah selesai semua pesertabersurai.