Tarikh | : 12 Oktober 2024 |
Masa | : 09.30 Pagi - 2.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Tujuan pertandingan Mobile Legends untuk pelajar, selain dari aspek hiburan, juga boleh memberi manfaat dalam beberapa aspek perkembangan peribadi dan kemahiran yang berguna dalam kehidupan seharian. Pertandingan Mobile Legends bukan hanya sekadar permainan untuk berseronok, tetapi juga peluang untuk mengembangkan pelbagai kemahiran hidup yang penting, seperti kerjasama, strategi, pengurusan masa, dan ketahanan mental. Namun, seperti mana-mana aktiviti, adalah penting untuk bermain secara seimbang dan tidak mengabaikan tanggungjawab akademik dan kehidupan seharian.
Aktiviti
Saringan MLBB seramai 4 kumpulan yang menyertai. Perlawanan dijalankan secara liga. Antara kumpulan yang bertanding, kumpulan Vamous Fang,ninja esports, unix et dan starboys gamers. Peserta mengikut arahan dan sangat berdisplin. Juara pertandingan Mobile Legends peringkat NADI Kg Raja Bukit Kepong dimenangi kumpulan Vamous Fang.
Tarikh | : 13 September 2024 |
Masa | : 09.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Memupuk Semangat Kemerdekaan Diri. Menyemai Nilai Patriotisme dan Cinta Negara.Mengeratkan silaturrahim serta mempromosikan perkhidmatan NADI
Aktiviti
Pada awalnya pertandingan mewarna secara fizikal yang bertemakan jiwa merdeka. Peserta mewarna dengan mengikut kreativiti masing-masing. Setelah pertandingan mewarna siap, aktiviti seterusnya tayangan video tentang kemerdekaan dan peserta perlu menjawap pertandingan kuiz merdeka melalui laman web quizizz .com. Seterusnya pertandingan menaip pantas di laman wev fast typing, tujuannya adalah memberi pembelajaran ICT di samping aktiviti kemerdekaan. Setelah membuat pertandingan menaip, peseta juga di ajar mencipta poster kemerdekaan menggunakan Bing Image Creator iaitu pembelajaran AI. Aktiviti terakhir, pertandingan dekorasi cupcake merdeka, peserta hendaklah menghiasa cupcake dengan hiasan yang telah disediakan oleh NADI.
Tarikh | : 19 Julai 2024 |
Masa | : 03.30 Petang - 05.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Kelas kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan mempunyai beberapa tujuan penting yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, memperkasa pendidik, dan memperbaiki hasil pembelajaran.
Aktiviti
Petugas memberikan link untuk peserta melihat video pembelajaran dan kuiz dari laman web https://utmonline.utm.my/
Tarikh | : 23 Ogos 2024 |
Masa | : 03.30 Petang - 05.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Tujuan kelas masakan untuk kanak-kanak merangkumi beberapa aspek penting yang memberi manfaat dari segi perkembangan fizikal, mental, dan sosial mereka.
Aktiviti
Pada awalnya, petugas memberi pengenalan tentang peralatan dapur dan peralatan barang masakan. Petugas juga memberi penerangan tentang pemakanan seimbang. Seterusnya pengurus NADI memberi demo cara masakan chicken tortilla wraps dan finger briedstick. Selepas memberi demo cara pembuatan, pelajar dikehendaki membuat sendiri dengan pantaun petugas.
Tarikh | : 6 Julai 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Google AutoDraw adalah alat berasaskan web yang menggabungkan teknologi pembelajaran dengan seni lukisan untuk membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih baik dengan cepat.
- Aktiviti
-
- Mengajar cara menggunakan AutoDraw, termasuk ciri-cirinya seperti alat lukisan asas, alat pemilihan, dan alat pengenalan gambar. Petugas menunjukkan bagaimana AutoDraw dapat mempercepatkan proses melukis dengan mengenali lakaran kasar dan mencadangkan gambar yang lebih baik. Mengaplikasikan AutoDraw dalam konteks pendidikan untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik, seperti membuat ilustrasi pantas untuk penjelasan konsep.