Tarikh      : 14 Jun 2024                                                                                                               
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Memberi kemahiran pembelajaran English secara digital.

Aktiviti

Petugas mengajar English lingohut dengan tajuk “berjumpa seseorang”. Terdapat beberapa ayat yang perlu diulang dan dihafal oleh pelajar. Pelajar juga dikehendaki menulis Salinan ayat yang tertera di smartboard. Setelah pelajar menghafal, ada permainan pembelajaran melalui laman web lingohut.

Tarikh      : 20 Jun 2024                                                                                                               
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Berkalobarasi Bersama KEMAS Tangkak dan Risda Muar untuk memberi kemahiran kepada peserta dan menjana pendapatan.

Aktiviti

Aktiviti ini NADI berkolabarasi dengan KEMAS Tangkak dan RISDA Muar. Pada permulaan sesi, Taklimat KDB dan pengenalan NADI kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Chef Zumiah pembantu KEMAS Tangkak. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat soft cookies dan finger breadstick. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan penjualan biskut tersebut.

Gambar disini.

Tarikh      : 1 April 2024                                                                                                               
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Menghidupkan suasana Ramadan. Selain itu, aktiviti memberi pendedahan pembelajaran secara digital melalui AI.

Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan lagi bulan ramadan dengan komuniti setempat. Pada awalnya, pengurus NADI Kg Raja Bukit kepong memberi tazkirah tentang hari nuzul quran, serta kelebihan membaca surah al-waqiah. Surah al-waqiah dipilih untuk bacaan ramai-ramai dalam aktiviti kali ini. Sebelum bacaan surah, bacaan berzikir dan selawat turut dilakukan dengan diketuai oleh Pn. Zainul Imroah iaitu ketua yassin wanita Kg Sawah Laku. Setelah bacaan surah, aktiviti pembelajaran ICT juga turut dibuat iaitu membuat poster menggunakan AI dengan tema “Hari Raya”. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat poster dengan menggunakan kaedah AI. Terdapat teknik dan cara yang berkesan bagi menghasilkan poster AI yang menarik. Setelah hasil poster selesai, petugas NADI memilih 3 terbaik poster yang dihasilkannya. Aktiviti seterusnya, pembelajaran e-learning dengan membuat kuiz islamik melalui laman web Quizizz. Peserta perlu menjawab 25 Soalan Kuiz yang dibuat oelh penolong pengurus NADI. 3 pemenang kuiz juga dipilih untuk mendapat hadiah.

Gambar disini.

Tarikh      : 20 Mei 2024                                                                                                               
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Aktiviti ini berkalobarasi Bersama KEMAS Pagoh dan Risda Muar. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran kepada peserta dan menjana pendapatan.

Aktiviti

Aktiviti ini NADI berkolabarasi dengan RISDA Muar. Pada permulaan sesi, Taklimat KDB dan pengenalan NADI kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Pn. Mazlah Binti Ibrahim dari Risda Muar. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat apron. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri apron tersebut dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan penjualan apron.

 

 

Tarikh      : 18 April 2024                                                                                                               
Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Excel, ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam melaksanakan sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office melalui menu-menu tertentu. Selain itu, kelas dapat melatih pelajar memahirkan taip menggunakan keyboard dan menerangkan fungsi dan cara menaip yang lebih pantas serta belajar membuat jadual yang lebih tepat dan kemas.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah.

Gambar disini.