Tarikh      : 20 April 2024                                                                                                               
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Melahirkan pelajar yang kreatif dan menggunakan kemahiran melukis secara atas talian.

Aktiviti

Petugas NADI mengajar cara melukis di “Draw” Powerpoint. Pelajar melukis di atas talian dengan menggunakan pergerakan mouse. Bahagian Draw di powerpoint menghasilkan lukisan yang menarik sekiranya pelajar mahir menggunakan tone dan gerakan yang menarik.

Gambar disini.

Tarikh      : 11 Mac 2024                                                                                                               
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : NADI Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti setempat

 

Tujuan

Berkalobarasi Bersama KEMAS Pagoh dan Risda Muar untuk memberi kemahiran kepada peserta dan menjana pendapatan.

Aktiviti

Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan KEMAS Pagoh dan RISDA Muar. Pada permulaan sesi, Taklimat KDB dan pengenalan PEDi kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Chef Mohd Fadly Bin Ibrahim pembantu KEMAS Pagoh. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat mee kuning. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri mee tersebut dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan penjualan mee kuning.

Gambar disini.

 

Tarikh      : 22 Februari 2024                                                                                                               
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari keterampilan baru dalam bidang AI dan fotografi, serta membantu dalam peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta. Membantu peserta mengembangkan keterampilan keusahawanan mereka serta membantu menjual produk mereka di program mini keusahawan PEDi. Melalui Kerjasama dengan agensi kerajaan, program mini keusahawanan dapat memperluas rangkaian mereka dengan memberi peluang kepada komuniti setempat mendapat.

Aktiviti

Pada 21hb Februari 2024 berlangsungnya 2 kelas usahawan antaranya kelas Ai di mana slot dalam kelas ini mempelajari Bing Image Creator, Chartgpt, Slaid Gamma Ai. Seramai 7 peserta yang hadir. Dan kelas seterusnya kelas fotografi produk usahawan dengan menggunakan Teknik flatlay, petugas mengajar cara Teknik yang betul dan menggunakan aplikasi snapseet bagi menghasilkan gambar yang lagi cantik serta menarik. Seramai 4 orang peserta yang mengikuti kelas ini. Seterusnya pada 22hb Februari 2024, program penutup mini keusahawanan berjalan dengan lancarnya. Terdapat 3 agensi iaitu KWSP, Jabatan Perangkaan Muar dan RISDA Muar. Terdapat juga pertandingan poster Ai, dan cabutan bertuah serta penghargaan kepada usahawan NADI Kg Raja Bukit Kepong.

Gambar disini.

Tarikh      : 14 Mac 2024                                                                                                               
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : SK Bukit Kepong 
Peserta  : Pelajar-pelajar SK Bukit Kepong

 

Tujuan

Mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.

Aktiviti

NADI Kg Raja Bukit Kepong telah mendapat jemputan dari pihak sekolah untuk memberi taklimat. NADI Kg Raja telah menjemput beberapa staff dari kluster Muar bagi membantu sepanjang taklimat tersebut. Antara tajuk taklimat yang diberi ialah warga digital masa hadapan, perkongsian secara berlebihan, cyber grooming, maklumat palsu, pembuli siber dan sexting. Terdapat juga beberapa aktiviti kumpulan yang perlu dilakukan oleh pelajar antaranya senaman otak, radio rosak, aktiviti listen and draw serta kuiz klik dengan bijak.

Gambar disini.

Tarikh      : 10 Januari 2024                                                                                                                  
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Menghebahkan maklumat tentang PADU yang lebih terperinci dan berkolabarasi dengan pihak kerajaan.

Aktiviti

Petugas mendapat undangan dari jabatan perangkaan Muar untuk memberi taklimat PADU kepada. Taklimat PADU yang disampaikan oleh Puan Norlizah Binti Kardi iaitu Penolong Pegawai Perangkaan Kanan Jabatan Perangkaan Muar. Seramai 20 orang yang hadir bagi mendengar taklimat serta mendaftar PADU.

Gambar disini.