Tarikh      : 21 Disember 2023                                                                                                                   
Masa : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta  : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Berkalobarasi bersama JPKK Kg Raja Bukit Kepong dan Perpustakaan Desa Kg Raja dalam menjayakan program ini. Mengeratkan perhubungan dengan agensi lain, serta dapat mempromosikan PEDi dalam komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan JPKK Kg Raja Bukit Kepong & Perpustakaan Desa Kg Raja Bukit Kepong. Permulaan program, pendaftaran kepada peserta yang hadir. Peserta beramai-ramai mengikuti jalan kaki 10 ribu langkah, selepas itu, diadakan senamrobik yang diketuai oleh ketua wanita komuniti Kg Raja. Aktiviti seterusnya adanya sukaneka wanita dan lelaki dewasa serta sukaneka kanak-kanak.Terdapat 6 permainan sukaneka, antaranya sarung kain batik, rebut botol, jalan atas kotak, bola beracun, permainan tepung dan lain-lain lagi. Selepas tamat upacara di luar, semua peserta yang hadir boleh memasuki PEDi, dan adanya taklimat serta pendaftaran PERKESO dari muar. Terdapat juga jualan usahawan PEDi Kg Raja dan kuiz di meja kaunter Rakan digital, serta pendaftaran ahli PEDi. Selain dari agensi PERKESO Muar, terdapat juga pemeriksaan kesihatan oleh Yayasan Buah Pinggang dari Batu Pahat.

Gambar disini.