Tarikh | : 13 Januari 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Melahirkan pelajar yang celik IT dengan perkembangan teknologi terkini. Kelas juga bertujuan menjadikan pelajar lebih berinovasi dan mempunyai warga digital yang lebih maju.
Aktiviti
Petugas mengajar cara-cara membuat animasi melalui illustrations Microsoft word. Pelajar membuat animasi mengikut kreativiti dan mengikut apa yang mereka minat.
Tarikh | : 27 Disember 2023 |
Masa | : 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberi pembayaran secara atas talian. Dapat meningkatkan kemahiran usahawan.
Aktiviti
Peserta dikehendaki membuat bank online. Mengajar cara menggunakan QR pay, berkongsi kod dengan pelanggan. Petugas juga mengajar cara membuat template QR pay dan QR kod whatsapp yang cantik melalui laman web canva.
Tarikh | : 13 November 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memberi kemahiran serta menjana pendapatan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan Kraftangan Batik Johor & Gangga Ayu Batik. Pada permulaan sesi , Taklimat KDB dan pengenalan PEDi kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Pn. Khatijah Mohamad merupakan usahawan batik johor. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat canting batik. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri menggunakan bahan yang disediakan dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan kos dan menyediakan pembelajaran seterusnya sekiranya peserta berminat untuk pembelajaran batik Malaysia.
Tarikh | : 21 Disember 2023 |
Masa | : 8.00 Pagi - 4.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Berkalobarasi bersama JPKK Kg Raja Bukit Kepong dan Perpustakaan Desa Kg Raja dalam menjayakan program ini. Mengeratkan perhubungan dengan agensi lain, serta dapat mempromosikan PEDi dalam komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan JPKK Kg Raja Bukit Kepong & Perpustakaan Desa Kg Raja Bukit Kepong. Permulaan program, pendaftaran kepada peserta yang hadir. Peserta beramai-ramai mengikuti jalan kaki 10 ribu langkah, selepas itu, diadakan senamrobik yang diketuai oleh ketua wanita komuniti Kg Raja. Aktiviti seterusnya adanya sukaneka wanita dan lelaki dewasa serta sukaneka kanak-kanak.Terdapat 6 permainan sukaneka, antaranya sarung kain batik, rebut botol, jalan atas kotak, bola beracun, permainan tepung dan lain-lain lagi. Selepas tamat upacara di luar, semua peserta yang hadir boleh memasuki PEDi, dan adanya taklimat serta pendaftaran PERKESO dari muar. Terdapat juga jualan usahawan PEDi Kg Raja dan kuiz di meja kaunter Rakan digital, serta pendaftaran ahli PEDi. Selain dari agensi PERKESO Muar, terdapat juga pemeriksaan kesihatan oleh Yayasan Buah Pinggang dari Batu Pahat.
Tarikh | : 15 November 2023 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memberi kemahiran serta menjana pendapatan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan RISDA Muar. Pada permulaan sesi , Taklimat KDB dan pengenalan PEDi kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Pn. Mazlah Ibrahim dari RISDA Muar. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat beg bekas air & bekas pensel. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri menggunakan bahan yang disediakan dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan kos bagi beg bekas air & bekas pensel tersebut.