Tarikh | : 5 & 10 Oktober 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong Muar |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Tujuannya adalah memberi pendedahan penggunaan ICT.
Aktiviti
Kelas Edit Video dalam Canva melibatkan pelajar yang terpilih dalam program SLAD peringkat negeri Johor. Peserta dikehendaki membuat video tentang pengenalan diri an aktiviti yang dilakukan di sekolah. Peserta di ajar cara membuat video dengan menggunkan canva web. Manakala Kelas Belajar Cara Membuat Google Sheet & Google drive Peserta adalah seorang guru sekolah agama felcra Bukit Kepong. Beliau diberi tugasan untuk mengisi maklumat data di google sheet dan google drive. Petugas mengajar satu persatu kepada peserta dan memastikan peserta memahami Langkah seterusnya sehingga peserta boleh buat dengan lancar.
Tarikh | : 13 Oktober 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Aktiviti
- Mengasah kemampuan berfikir secara kreatif dan inovatif. Membiasakan pelajar menyelesaikan masalah dengan lebih efektif. Meningkatkan pemahaman & pengetahuan pelajar tentang STEM.
Tujuan
Petugas memberi penerangan tetang cara membuat submarine dan straw bridge. Pengajar mengajar cara pengukuran yang betul dan membuat keseimbangan yang stabil. Petugas membuat demo. Pelajar perlu mengikut satu persatu contoh video dalam youtube. Pelajar juga perlu betul membuat ukuran agar berlaku kesimbangan.
Tarikh | : 14 September 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Sebagai satu projek STEM untuk menguji sejauhmana kekuatan batang aiskrim,segi fizik pula, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah daya mampatan dan tegangan jambatan itu.
Aktiviti
Aktiviti STEM ini hendaklah dilakukan secara berkumpulan bagi membuat jambatan yang kukuh dengan menggunakan batang ice cream. Peserta harus membuat dari rumah. Jambatan perlu bertemakan merdeka. Untuk hari ujian, peserta membawa jambatan tersebut untuk menguji sejaumana jambatan tersebut kukuh dengan meletakkan barang seberat 3 kg. Aktiviti ini dipertandingkan jambatan mana yang memenuhi kriteria. Terdapat 4 kumpulan yang hantar jambatan batang ice cream.
Tarikh | : 19 Oktober 2023 |
Masa | : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
- Memberi pendedahan tentang pengenalan perkakasan komputer dan memberi pendedahan pembelajaran secara digital.
Aktiviti
Pelajar didedahkan dengan perkakasan komputer seperti keyboard, desktop, mouse, dan sebagainya yang berkaitan dengan komputer. Pelajar dikehendaki menaip huruf alphabet A hingga Z DI Microsoft word, di sini pelajar dapat mempelajari menaip serta dapat mengenal huruf. Seterusnya pelajar dapat mempelajari e-learning secara digital iaitu uptoten dengan menggunakan smartboard.
Tarikh | : 1 September 2023 |
Masa | : 9.30 Pagi - 10.30 Pagi |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Mempelajari canva web dan menaikkan semangat patriotisme sempena menyambut bulan kebangsaan
Aktiviti
Pada awalnya, pengurus PEDi memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan canva web, cara mendapatkan background yang cantik melalui pencarian di google. Peserta perlu membuat sajak merdeka sendiri dan perlu menaip di dalam canva.