Tarikh | : 8 & 11 Ogos 2023 |
Masa | : 3.30 Petang - 4.30 Petang & 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberi pembelajaran secara atas talian. Dapat meningkatkan kemahiran bertulis teks yang menarik.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membuka google dan mencari laman web wordwall. Untuk wordwall pelajar perlu menjawap soalan berkaitan counting & spelling. Untuk kelas typography, petugas mengajar cara-cara membuat teks yang menarik.
Tarikh | : 7 Ogos 2023 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memberi kemahiran serta menjana pendapatan komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan RISDA Muar. Pada permulaan sesi , Taklimat KDB dan pengenalan PEDi kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Pn. Mazlah Ibrahim dari RISDA Muar. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat beg tote. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri menggunakan bahan yang disediakan dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan kos bagi beg tote tersebut.
Tarikh | : 22 & 29 Julai 2023 |
Masa | : 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memperkenal dan mendedahkan perkhidmatan yang disediakan di PEDi selain program-program serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Melahirkan warga digital yang selamat dan proaktif . Pelajar juga dapat mempelajari aktiviti di luar waktu sekolah, mengisi masa lapang yang berfaedah dan menjadi pelajar yang celik IT.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membuka google dan mencari laman web Lingohut dan Blooket. Untuk Lingohut pelajar perlu memahami dan menghafal 10 perkataan dalam Bahasa English dan perlu menjawab soalan dalam lingohut yang telah disediakan. Bagi Kuiz Blooket pelajar menjawab soalan berkaitan Bahasa English dan Pendidikan islam.
Tarikh | : 10 Julai 2023 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Setempat |
Tujuan
Memberi kemahiran serta menjana pendapatan komuniti setempat. Selain itu, aktiviti dapat memperkenal dan mendedahkan perkhidmatan yang disediakan di PEDi selain program-program serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa.
Aktiviti
Aktiviti ini PEDi berkolabarasi dengan KEMAS Pagoh dan RISDA Muar. Pada permulaan sesi , Taklimat KDB dan pengenalan PEDi kepada peserta yang hadir. Tenaga pengajar iaitu Chef Mohd Fadly Bin Ibrahim pembantu KEMAS Pagoh. Beliau membuat demo dan teknik cara membuat Korean fried chicken & Creamy Chicken soup. Setelah selesai membuat demo, peserta hendaklah membuat sendiri menggunakan bahan yang disediakan dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diajar cara membuat pasaran dan kiraan kos bagi makanan tersebut.
Tarikh | : 10 Jun 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Tempat | : PEDi Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberi dan mendidik ilmu pengajian dan pembelajaran secara atas talian.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki membuka google dan mencari laman web Quizizz dan Blooket. Untuk Quizizz, pelajar perlu menjawab soalan yang berkaitan ICT dan permakasan computer. Bagi Kuiz Blooket pelajar menjawab soalan berkaitan sains dan persekitaran alam.