Tarikh | : 1 April 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat | : NADI Kg Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan
Menghidupkan suasana Ramadan. Selain itu, aktiviti memberi pendedahan pembelajaran secara digital melalui AI.
Aktiviti
Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan lagi bulan ramadan dengan komuniti setempat. Pada awalnya, pengurus NADI Kg Raja Bukit kepong memberi tazkirah tentang hari nuzul quran, serta kelebihan membaca surah al-waqiah. Surah al-waqiah dipilih untuk bacaan ramai-ramai dalam aktiviti kali ini. Sebelum bacaan surah, bacaan berzikir dan selawat turut dilakukan dengan diketuai oleh Pn. Zainul Imroah iaitu ketua yassin wanita Kg Sawah Laku. Setelah bacaan surah, aktiviti pembelajaran ICT juga turut dibuat iaitu membuat poster menggunakan AI dengan tema “Hari Raya”. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat poster dengan menggunakan kaedah AI. Terdapat teknik dan cara yang berkesan bagi menghasilkan poster AI yang menarik. Setelah hasil poster selesai, petugas NADI memilih 3 terbaik poster yang dihasilkannya. Aktiviti seterusnya, pembelajaran e-learning dengan membuat kuiz islamik melalui laman web Quizizz. Peserta perlu menjawab 25 Soalan Kuiz yang dibuat oelh penolong pengurus NADI. 3 pemenang kuiz juga dipilih untuk mendapat hadiah.