Tarikh  : 20 Mac 2023                                                                                                                                 
Masa : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : PEDi Kg Raja Bukit Kepong
Peserta : Komuniti Setempat 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar  masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui kepelbagaian menu masakan.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Chef Fadly Ibrahim (Wakil daripada pihak KEMAS). Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Chef Fadly. Peserta telah diajar untuk memotong ikan dengan cara yang betul, cara membuat bancuhan untuk mengoreng ikan dan cara untuk membuat sos untuk fish & chip. Setelah selesai semua peserta bersurai.

Gambar disini.