Tarikh   : 08 Disember 2022 
Masa : 09:00 pg - 12:00 tengahari                                                                                                   
Tempat  : PEDi Kg Raja Bukit Kepong 
Peserta : Komuniti Setempat                                                                                                                     

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada komuniti untuk belajar  masakan resipi yang baru dan boleh dijadikan menu untuk jualan. Selain itu, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui kepelbagaian menu masakan.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi sedikit penerangan tentang tujuan utama aktiviti pada hari ini dan memperkenalkan guru masakan pada hari ini adalah Chef Fadly Ibrahim (Wakil daripada pihak KEMAS). Chef Fadly menjalankan demostrasi masakan. Resipi masakan juga telah diedarkan sebelum kelas bermula kepada setiap peserta. Peserta diberi peluang melakukan amali masakan dengan bantuan Chef Fadly mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Semua kumpulan telah berjaya menghasilkan roti nan dan ayam tandoori dan dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai semua peserta bersurai.

 

Gambar disini.