Tarikh | : 08 November 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Asas Teknologi Maklumat (Google Search) ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber rujukan dan capaian maklumat.
Aktiviti
Peserta diberikan sedikit penerangan berkenaan fungsi carian di alam siber termasuk kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat selain risiko yang perlu dihadapi oleh pengguna melalui fungsi carian tertentu. Secara langkah demi langkah, peserta diajarkan untuk mengenalpasti maklumat yang diperlukan sebelum membuat sebarang carian di laman-laman web tertentu. Peserta juga didedahkan kepada paparan dan fungsi jumlah hasil carian yang juga merupakan factor ketepatan maklumat yang diperolehi di sesuatu laman tertentu.
Tarikh | : 05 November 2018 |
Masa | : 4.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah & Tabika |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Pemantapan Jawi ini dijalankan bertujuan melatih dan mendidik serta menyemarakkan semangat para pelajar mengaplikasikan tulisan jawi dalam bentuk pembacaan dan penulisan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan ringkas tentang tulisan jawi termasuk fungsi dan keberadaannya di dalam kehidupan seharian. Para pelajar diberi peluang memperlihatkan video klip animasi bacaan huruf-huruf jawi di paparan smartboard dan turut bersama membaca secara beramai-ramai. Seterusnya para pelajar didedahkan dengan latihan mengeja perkataan dalam tulisan jawi sebelum diberikan sedikit latihan yang memerlukan para pelajar menjawabnya berdasarkan dorongan petugas.
Tarikh | : 04 November 2018 |
Masa | : 3.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Bahasa Inggeris dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan tertentu seperti lingohut.com dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran subjek berkenaan.
Aktiviti
Sesi kelas dimulakan dengan sedikit tayangan video animasi berkaitan sirah dan keagamaan yang dilihat mampu membantu dalam membentuk jati diri dan sahsiah para pelajar seiring dengan perkembangan dan kemajuan pada masa sekarang. Seterusnya pelajar didedahkan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu LingoHut.com yang mana ianya focus untuk pembelajaran Bahasa Inggeris diperingkat awal kanak-kanak. Pelajar didedahkan kepada segmen-segmen tertentu yang mana menuntut para pelajar menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan pembelajaran secara langkah demi langkah. Melalui pembelajaran ini juga, keterampilan para pelajar akan dinilai berdasarkan segmen pendengaran, kefahaman, ejaan dan sebagainya dan akan diberikan markah diakhir segmen.
Tarikh | : 04 November 2018 |
Masa | : 12.00 Tengahari - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Petugas Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong, Petugas Perpustakaan Desa Kampung Raja Bukit Kepong & Petugas Pusat Komuniti Desa Mukim Bukit Kepong. |
Tujuan
Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program yang bakal dijalankan termasuk modul-modul dan pengisian yang akan dilaksanakan selain pembahagian tugasan mengikut kesesuaian.
Aktiviti
Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang program yang bakal dijalankan termasuk perbincangan mengenai aktiviti dan pengisian program seperti sesi penerangan, aktiviti berkumpulan dan kuiz selain penyediaan hadiah dan cenderahati kepada peserta. Perbincangan yang melibatkan tiga agensi itu diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas yang disediakan.
Tarikh | : 01 November 2018 |
Masa | : 2.00 Petag - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Komuniti Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan seminar diadakan adalah untuk memperkenal dan mendedahkan kepada masyarakat terhadap situasi ekonomi semasa dan cabaran kelangsungan hidup masa kini serta kaedah-kaedah mengatasinya.
Aktiviti
Seminar yang disertai kira-kira 30 orang peserta itu dimulakan dengan taklimat dan penerangan tentang Pusat Internet Kampung Raja dan kemudahan serta kursus-kursus ICT yang dijalankan dari masa ke semasa. Kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan aplikasi Dashboard Komuniti juga diberi penekanan dalam taklimat yang disampaikan oleh petugas. Seterusnya, taklimat cabaran ekonomi diberikan oleh wakil Dewan Perniagaan Islam Nasional (DPEIN) dengan praktikal dan kaedah-kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi cabara tersebut. Juga dibuka pendaftaran keahlian Dewan Perniagaan Islam Nasional (DPEIN) kepada peserta yang berminat. Taklimat berakhir dengan jamuan makan tengahari yang disediakan.