Tarikh : 07 September 2018
 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika KEMAS

 

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan menu-menu yang tersedia di Microsoft Office Word.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing secara langkah demi langkah mencipta dan menyiapkan tugasan yang diberikan berdasarkan kertas soalan yang diberikan.

Gambar disini

 Tarikh : 06 September 2018
 Masa : 5.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar mengaplikasikan laman tertentu dalam mengulangkaji serta menjalankan latihan akademik yang diberikan.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian iaitu melalui laman web tutor.com.my sebagai latihan dan tutorial dalam menghadapi peperiksaan. Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan akan diberikan skema jawapan berdasarkan sesuatu topic pembelajaran. Diakhir sesi menjawab soalan, pelajar akan diberikan markah berdasarkan soalan-soalan yang telah dijawab.

Gambar disini

 Tarikh : 04 September 2018
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Usahawan - Zulain Bin Samsuddin

 

Tujuan

Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan adalah untuk mendedah dan memahirkan peserta mencipta sebuah kertas kerja bagi sesuatu permulaan perniagaan melalui aplikasi Microsoft Office Word.

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada jenis-jenis kertas kerja dan mengenalpasti jenis kertas kerja yang ingin dicipta mengikut format tertentu. Peserta juga didedah dan diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang tersedia di aplikasi Microsoft Office Word sebelum memulakan latihan. Peserta dibimbing langkah demi langkah sehingga tercipta sepenuhnya kertas kerja yang diinginkan.

Gambar disini

 Tarikh : 05, 06 & 12 September 2018
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Dan Tabika KEMAS

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk murid peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu dan peralatan pembelajaran tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu iaitu dari aspek ejaan dan pertuturan melalui tutorial di laman web pendidikan tertentu. Bantuan pendidikan yang berkisar kepada teknologi digital masa kini dilihat mampu mempengaruhi tahap penguasaan pelajar disamping menarik minat pelajar untuk lebih cenderung kepada sesuatu subjek yang dipelajari. Selaian itu, pelajar juga didedahkan kepada pembelajaran di dalam permainan dengan menggunakan peralatan pembelajaran tertentu seperti Flash Card ABC.

Gambar disini

 Tarikh : 03 September 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Belia

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah bagi membantu dan mendidik peserta mencipta akaun Google dan emel yang baru bagi tujuan komunikasi dan perhubungan. 

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan ringkas tentang akaun google dan emel yang bakal dicipta serta keperluan dan manfaatnya. Terlebih dahulu peserta diajar dan dibantu mengenalpasti dan mencari akaun gmail yang lama. Seterusnya peserta didedahkan dengan pelbagai fungsi akaun Google dan mencipta akaun peribadi bagi Google dan seterusnya mencipta email bagi tujuan komunikasi dan perhubungan peserta di atas talian.

Gambar disini