Tarikh | : 14 Julai 2018 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memperkenal dan memahirkan para pelajar Sekolah Rendah dalam menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan melalui laman Canva.com.
Aktiviti
Pelajar didedah dan diajar mencipta sesuatu tugasan melalui laman Canva.com seperti menyunting imej sebagai bahan pembelajaran persekolahan. Dengan itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemudahan yang diperolehi di Pusat Internet dalam penghasilan sesuatu tugasan yang kreatif dan menarik disamping mendidik pelajar yang celik ICT.
Tarikh | : 14 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi maklumat masa kini dan fungsinya kepada manusia khususnya sebagai sumber komunikasi.
Aktiviti
Pelajar didedahkan dengan teknologi internet dengan memfocuskan kepada teknologi komunikasi berkesan masa kini melalui penerangan dan penciptaan akaun emel pelajar. Melalui kelas yang dijalankan, ianya dapat memperkenal dan mendedahkan kepada pelajar mengenai salah satu medium dan sumber maklumat serta salah satu sumber komunikasi masa kini.
Tarikh | : 10 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Wanita Mukim Bukit Kepong |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti secara amnya serta antara Pusat Internet dan masyarakat setempat secara khasnya selain menumpukan objektif ke arah menjadikan Pusat Internet sebagai pusat setempat bagi aktiviti dan program komuniti. Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan bagi mengimarahkan aktiviti keagamaan seperti bacaan Surah Yaasin dan Marhaban di Pusat Internet disamping sambutan Hari Raya yang dijalankan sebagai aktiviti tahunan.
Aktiviti
Majlis dimulai dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta seawal jam 10.00 pagi sebelum dijalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui Modul MyHealth dengan serba sedikit pererangan tentang Dashboard dan Kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) sebelum dimulakan aktiviti Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Juriah Binti Suid (Petugas Pejabat Kadi Daerah Muar) sebelum aktiviti bacaan surah Yaasin secara beramai-ramai. Pusat Internet dimeriahkan lagi dengan laungan Marhaban secara beramai-ramai dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya yang dilihat sangat meriah.
Tarikh | : 13 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu jadual waktu menggunakan menu-menu yang tersedia di Microsoft Office Word.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta jadual waktu melalui menu Home dan Insert. Dengan teknik dan pembelajaran yang dijalankan, ianya dapat mendidik dan menggalakkan para pelajar dalam penggunaan teknologi digital masa kini dalam perlaksanaan sesuatu tugasan serta kelebihan yang diperolehi daripadanya.
Tarikh | : 23 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Kelas Multimedia Editing Filmora ini dijalankan bertujuan memperkenal dan melatih peserta dalam mencipta dan menyunting sesuatu video melalui imej-imej yang disediakan.
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta dan menyunting sesuatu video dan contoh hasil video yang telah tercipta. Kelas diteruskan dengan pengenalan kepada aplikasi Filmora serta fungsi-fungsi yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seterusnya menghasilkan video mengikut kreativiti peserta dengan bimbingan petugas PI1M.