Tarikh : 14 Mei 2018
 Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Wanita & IKS Bukit Kepong

 

Tujuan

Bersempena Hari Ibu, aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan dan mendidik para peserta terhadap teknik masakan ayam madu dan jus kurma dengan penerapan dan asas gaya pemakanan yang sihat seterusnya berpotensi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.

Aktiviti

Aktiviti sempena Hari Ibu ini dimulai dengan pemeriksaan kesihatan Dashboard MyHealth bagi peserta yang hadir. Seterusnya aktiviti masakan dimulakan yang mana diseliakan oleh petugas PI1M dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan Ayam Madu dan Jus Kurma dengan menerapkan gaya masakan dan pemakanan sihat. Teori yang diberikan disusuli praktikal pelajar.

Gambar disini

 Tarikh : 06 Mei 2018
 Masa : 7.30 Pagi - 1.30 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Malaysia Pekan Lenga, Lenga.
 Peserta : Usahawan / IKS, Belia, Wanita, Komuniti Pekan Lenga & Bukit Kepong amnya.

 

Tujuan

Program Komuniti Dan Usahawan ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenal dan mendedahkan serta menggalakkan sebarang aktiviti yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan dikalangan komuniti  terutama kepada golongan muda. Galakkan kepada sebarang usaha keusahawanan adalah menjadi keutamaan melalui tips-tips serta ilmu keusahawanan yang disediakan selain usahawan contoh sebagai sumber inspirasi bagi mereka yang bakal berkecimpung di arena keusahawanan.

Aktiviti

Program ini dijalankan dengan penyertaan dari pelbagai golongan sasaran yang mana dimulakan dengan proses pendaftaran dan disusuli dengan aktiviti zumba seawal pagi. Program diteruskan dengan penerangan ringkas tentang aplikasi Dashboard Komuniti terutamanya modul IHealth dan MyShop. Program diteruskan dengan aktiviti Installation aplikasi Dashboard Komuniti ke telefon pintar dan diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan dan manual memasukkan produk ke MyShop. Program juga diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti termasuk Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memasak, Aktiviti Berkumpulan Dewasa dan Sukaneka Kanak-kanak. Program di akhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang yang terlibat dan penyampaian cenderahati kepada VIP dan tetamu VIP sebelum jamuan ringkas yang disediakan.

Gambar disini

 Tarikh : 24 April 2018
 Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi : Perpustakaan Desa Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Tabika KEMAS Zon Kepong dan Komuniti Setempat

 

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memupuk semangat dan budaya membaca dikalangan komuniti bermula dari peringkat awal usia persekolahan.

Aktiviti

Aktiviti membaca di semua peringkat umur selama 10 minit tanpa mengira jenis bahan bacaan yang tersedia di Perpustakaan Desa Kg Raja. Ianya dilihat dapat memupuk minat membaca di semua peringkat umur disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama komuniti.

Gambar disini

 Tarikh : 25 April 2018
 Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Wanita

 

Tujuan

Tujuan kelas dianjurkan adalah bagi memperkenal dan mendidik peserta tentang teknik penjagaan kulit dengan cara yang betul dan selamat.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan berkenaan kepentingan kesihatan dan keselamatan kulit dengan beberapa kaedah tertentu termasuk dari segi pemakanan dan penggunaan produk atau alatan solek. Setiap peserta yang berbekalkan satu set alatan solek dari diajarkan tutorial serta teknik solekan dengan tepat dan berkesan.

Gambar disini

 Tarikh : 21 April 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendedah dan mendidik para pelajar mencipta suatu visual yang baik untuk sesi pembentangan di sekolah.

Aktiviti

Pelajar didedah dan diajar mencipta suatu visual berdasarkan maklumat tertentu dengan mengaplikasikan menu-menu yang tersedia di aplikasi Powtoon. Maklumat yang diperolehi disusun mengikut keutamaan sebelum dimasukkan ke dalam slide tugasan untuk sesi pembentangan. Dengan Kelas yang dijalankan, ianya dilihat dapat mendedahkan kepada pelajar suatu aplikasi yang berpotensi untuk digunakan dalam mencipta sesuatu visual atau video serta mendedahkan kepada pelajar akan kemudahan teknologi ICT dan multimedia yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian tidak terhad kepada pembelajaran sahaja selain dapat mendidik dan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk lebih yakin dalam sesuatu pembentangan.

Gambar disini