Tarikh : 30 Ogos 2018
 Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Wanita & Belia Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan E-Rezeki ini dianjurkan bertujuan membantu dan memperkenalkan kepada para peserta terutamanya yang berpendapatan rendah dalam menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform atas talian kendalian Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC).

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat ringkas tentang program E-Rezeki anjuran Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) dan fungsi Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong sebagai ejen. Peserta dikehendaki mempunyai akaun gmail terlebih dahulu sebelum memulakan latihan dimana peserta yang tiada akaun gmail tersebut diajarkan mencipta akaun gmail bagi memudahkan urusan pendaftaran program E-Rezeki tersebut. Setelah mempunyai akaun gmail, para peserta diajarkan mendaftar akaun E-Rezeki dan mendaftar masuk ke akaun masing-masing. Di dalam platform tersebut, para peserta dikehendaki melengkapkan profil masing-masing dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan termasuk maklumat pembayaran imbuhan bagi setiap tugas yang dilaksanakan. Seterusnya peserta diperkenal dan didedahkan dengan jenis-jenis dan kategori-kategori tugasan yang boleh dilaksanakan oleh para peserta bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan masing-masing. Diakhir latian, para peserta menjalani sesi bergambar bersama petugas Pusat Internet sebelum jamuan ringan yang disediakan.

Gambar disini

 Tarikh : 15 Ogos 2018
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih serta memahirkan pelajar dalam menyunting imej dalam sesuatu tugasan melalui aplikasi Microsoft Office 2010 dan Paint.

Aktiviti

Pelajar diajar menyunting sesuatu imej yang dikehendaki, mengedit dan memasukkan ke dalam tugasan melalui aplikasi Microsoft Office 2010 dan Paint. Tugasan tersebut dilakukan berdasarkan penerangan awal yang diberikan dengan nilai kreativiti masing-masing.

Gambar disini

 Tarikh : 10 Ogos 2018
 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Tabika

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Kemerdekaan Negara dijalankan bertujuan mendidik dan menerapkan nilai serta semangat kemerdekaan kepada pelajar melalui penerangan dan penghayatan terhadap proses dan erti kemerdekaan itu sendiri.

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan tentang kemerdekaan Negara yang mencakupi proses dan erti kemerdekaan itu sendiri yang mana nilai-nilai pengorbanan dan kesanggupan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu diberikan penekanan. Penerangan yang diberikan disusuli dengan tayangan video-video patriotisme dan kemerdekaan Negara. Sambutan para pelajar terhadap kelas ini diterjemahkan melalui kuiz kemerdekaan yang dijalankan.

Gambar disini

 Tarikh : 28 Ogos 2018
 Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi  Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta  Wanita

 

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memperkenal dan memahirkan peserta dalam menghasilkan sesuatu kerja suntingan imej melalui aplikasi Canva.com.

Aktiviti

Peserta didedah dan diajar menyunting satu imej melalui aplikasi Canva dengan menu-menu yang tersedia bagi mendapatkan hasil yang lebih kreatif dan menarik.

Gambar disini

 Tarikh : 07 Ogos 2018
 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Tabika

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk murid peringkat awal kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu iaitu dari aspek ejaan dan pertuturan melalui tutorial di laman web pendidikan tertentu. Bantuan pendidikan yang berkisar kepada teknologi digital masa kini dilihat mampu mempengaruhi tahap penguasaan pelajar disamping menarik minat pelajar untuk lebih cenderung kepada sesuatu subjek yang dipelajari.

Gambar disini