Tarikh | : 22 Mei 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah dan Tabika KEMAS. |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran Bahasa Melayu ini dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk murid peringkat bawahan kanak-kanak dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu iaitu dari aspek ejaan dan pertuturan melalui tutorial di laman web pendidikan tertentu. Bantuan pendidikan yang berkisar kepada teknologi digital masa kini dilihat mampu mempengaruhi tahap penguasaan pelajar disamping menarik minat pelajar untuk lebih cenderung kepada sesuatu subjek yang dipelajari.
Tarikh | : 22 Mei 2018 & 26 Mei 2018 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang & 11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mendedah dan menerangkan serta menambahbaik teknik pembelajaran akademik pelajar dengan mengaplikasikan dunia ICT masa kini. Melalui laman web pendidikan dan carian tertentu, pelajar didedahkan kepada teknik mencipta dan mengumpul segala maklumat yang diperlukan sebelum dijadikan bahan output dalam pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui sesuatu laman web selain sumber rujukan tertentu dalam menambahbaik kualiti akademik pelajar yang terlibat.
Tarikh | : 19 Mei 2018 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | : Surau An-Nur, Kg Bukit Bendar, Bukit Kepong. |
Peserta | : Wanita |
Tujuan
Program disertai bertujuan menyemarakkan amalan membaca kitab suci Al-Quran dengan tajwid yang betul melalui kesedaran dan pengamatan yang diterapkan.
Aktiviti
Program dimulai dengan doa dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta disusuli dengan tazkirah ringkas mengenai amalan membaca Al-Quran sebelum bersama-sama membaca surah-surah tertentu dengan penerangan dan penekanan bacaan mengikut tajwid yang betul dan disusuli penerangan tentang kebaikan membaca serta mengamalkan surah-surah tersebut.
Tarikh | : 19 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan
Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendedah dan memahirkan peserta mencipta dan menyimpan data berkaitan perniagaan bagi tujuan rekod dan rujukan pada masa akan datang.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada jenis-jenis data dalam perniagaan serta teknik merekod dan menyimpan data-data berkaitan perniagaan bagi tujuan rujukan pada masa akan datang. Rekod yang dihasilkan juga antara lainnya sebagai penanda aras bagi perniagaan serta merupakan aspek penting dalam penetapan matlamat perniagaan untuk masa akan datang. Peserta diajar mencipta data-data perniagaan melalui aplikasi Microsoft Office Word.
Tarikh | : 15 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Tabika KEMAS Kg Tui 1, Bukit Kepong. |
Peserta | : Ahli Jawatankuasa KEMAS Zon Kepong, Ibubapa dan Komuniti Bukit Kepong. |
Tujuan
Tujuan aktiviti dijalankan adalah bagi menjalinkan hubungan dan silaturrahim yang lebih erat dikalangan petugas PI1M dan Tabika KEMAS selain komuniti setempat secara amnya dan menjadikan Tabika KEMAS sebagai salah satu pusat kegiatan aktiviti kemasyarakatan secara keseluruhannya.
Aktiviti
Aktiviti anjuran bersama antara PI1M dan Tabika KEMAS Kg tui 1 ini dijalankan seawal jam 10.00 pagi yang mana dimulai dengan majlis bacaan Surah Yassin secara beramai-ramai sebelum diteruskan dengan majlis Tahlil Ringkas yang diketuai oleh Imam Masjid Ar-Rahman Kg Tui Bukit Kepong. Aktiviti diakhiri dengan bacaan doa dan jamuan ringan yang disediakan.