Tarikh : 21 April 2018
 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Melayu Khusus untuk murid tahun 2 dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu iaitu dari aspek pembacaan, penulisan dan pertuturan melalui tutorial yang dijalankan secara atas talian. Pelajar  dapat menambahbaik penguasaan subjek Bahasa Melayu melalui pembelajaran atas talian terutama melalui kelancaran pembacaan, penulisan dan pertuturan yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan terhadap subjek yang diajarkan.

Gambar disini

 Tarikh : 20 April 2018
 Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan tertentu dalam menambahbaik kualiti pendidikan dan pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui satu lawan web pendidikan yang berkualiti di alam siber iaitu I-Learning.asia.com melalui subjek-subjek yang difokuskan. Pelajar dapat menambahbaik penguasaan pembelajaran dan akademik diri secara atas talian serta dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topic dan subjek.

Gambar disini

 Tarikh : 19 April 2018
 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Usahawan IKS

 

Tujuan

Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi kemahiran pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial.

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi. Peserta juga diberikan pendedahan kepada factor-faktor kekuatan dalam pemasaran bagi sesuatu perniagaan.

Gambar disini

 Tarikh : 20 April 2018
 Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran subjek Matematik untuk murid tahun 2 dengan melatih pelajar menggunakan laman tertentu sebagai bahan tambahan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan subjek Matematik melalui tutorial yang dijalankan secara atas talian. Dengan teknik yang dijalankan tersebut, pelajar  dapat menambahbaik penguasaan subjek Matematik  melalui pembelajaran atas talian terutama melalui kefahaman dan formula yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan terhadap subjek yang diajarkan.

Gambar disini

 Tarikh : 15 April 2018
 Masa : 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi : Tabika KEMAS Kampung Tui 1, Bukit Kepong.
 Peserta : Ahli Jawatankuasa KEMAS Zon Kepong, Ibu bapa Pelajar dan Guru Tabika KEMAS.

 

Tujuan

Tujuan program disertai adalah untuk bersama-sama ibubapa dan komuniti  membersihkan kawasan sekitar Tabika KEMAS Kg Tui 1 Bukit Kepong.

Aktiviti

Program bermula dengan penerangan ringkas tentang program dan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan. Aktiviti pembersihan dilakukan secara berkumpulan dari semua sudut kawasan yang terlibat. Daripada aktiviti yang dijalankan ini, ianya dapat memupuk semangat bekerjasama dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan  komuniti selain menyemarakkan lagi budaya tolong-menolong dalam memperkasakan semangat perpaduan dikalangan masyarakat.

Gambar disini