Tarikh | : 19 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Usahawan - Muhamad Fadli Bin Jantan |
Tujuan
Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial khususnya melalui medium MyShop.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Antaranya medium yang diberi keutamaan ialah melalui modul MyShop. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi.
Tarikh | : 16 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office Word ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan menu-menu yang tersedia di Microsoft Office Word.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan melalui menu Insert.
Tarikh | : 06 Mac 2018 |
Masa | : 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran melalui tutorial yang diberikan serta melatih para pelajar menggunakan laman tertentu bagi mengulangkaji serta menjalankan latihan secara atas talian dengan nilai-nilai dan etika penggunaan ICT yang baik dan berhemah.
Aktiviti
Pelajar diberikan tutorial secara praktikal yang mana memerlukan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu pelajar juga didedahkan kepada aplikasi dan teknologi ICT masa kini sebagai rujukan tambahan dalam menambahbaik teknik pembelajaran akademik masing-masing. Pelajar juga diterapkan nilai-nilai etika dan keselamatan dalam dunia siber melalui Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh | : 09 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan mendidik dan melatih serta memahirkan pelajar dalam menyunting imej dalam sesuatu tugasan melalui aplikasi Smart Draw dan Paint.
Aktiviti
Pelajar diajar menyunting sesuatu imej termasuk mencari di laman tertentu, mengedit dan memasukkan ke dalam tugasan melalui aplikasi Smart Draw dan Paint. Tugasan tersebut dilakukan berdasarkan penerangan awal yang diberikan dengan nilai kreativiti masing-masing.
Tarikh | : 04 Mac 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar mengaplikasikan laman tertentu dalam mengulangkaji serta menjalankan latihan akademik yang diberikan.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui sesuatu laman web selain sumber rujukan tertentu dalam menambahbaik kualiti akademik pelajar yang terlibat.