Tarikh / Masa
21 November 2017 / 12.30 Tengahari - 3.30 Petang
Tujuan
Program Santai Bersama Wanita UMNO Zon Bukit Kepong disertai bagi tujuan mempromosikan Dashboard PI1M selain program-program yang dijalankan Pusat Internet 1Malaysia seperti Klik Dengan Bijak (KDB).
Aktiviti
Program yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Zon Bukit Kepong itu bermula pada 12.30 tengahari dimana selain tentatif Wanita UMNO itu sendiri, terdapat juga booth-booth pameran dari agensi-agensi terlibat bagi tujuan promosi. Booth dan pameran Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja dibuka dengan bermatlamatkan mempromosikan Dashboard Komuniti PI1M dengan penerangan dan aktiviti muat turun aplikasi Dashboard PI1M ke telefon pintar selain pameran yang diadakan.
Tarikh / Masa
11 November 2017 / 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memperkenal dan memahirkan para pelajar Sekolah Menengah dalam menghasilkan sesuatu kerja atau tugasan melalui laman Canva.com.
Aktiviti
Pelajar didedah dan diajar mencipta sesuatu tugasan melalui laman Canva.com seperti mencipta Jadual Waktu Persekolahan, Poster dan sebagainya. Kebaikan yang diperolehi oleh pelajar ialah dapat mengaplikasikan kemudahan yang diperolehi oleh pelajar di Pusat Internet 1Malaysia dalam penghasilan sesuatu tugasan yang kreatif dan menarik disamping mendidik pelajar yang celik ICT.
Tarikh / Masa
10 November 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tujuan
Tujuan kelas diadakan adalah untuk memperkenal dan memahirkan para pelajar Sekolah Rendah dalam mencipta Game melalui perisian Microsoft office Power Point.
Aktiviti
Pelajar didedah dan diajar mencipta sebuah Game melalui perisian Microsoft Office Power Point melalui funsi-fungsi tertentu.
Tarikh / Masa
10 November 2017 / 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tujuan
Tujuan kelas dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan mendedahkan peserta dengan media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media sosial yang ada, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi.
Tarikh / Masa
09 November 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan memdedahkan dan mendidik serta memahirkan pelajar terlibat mengaplikasikan Microsoft Office Word sebagai salah satu medium perlaksanaan sesuatu tugasan.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan bermula dengan teknik menaip dengan betul dan penyusunan ayat-ayat tertentu.