Tarikh / Masa

02 November 2017 / 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran adalah bagi mendedahkan kepada para pelajar-pelajar peringkat menengah akan pentingnya aspek keselamatan diri mahupun keselamatan data peribadi dialam siber dengan teori-teori dan contoh-contoh kes yang diterapkan.

20171031 114400 IMG 20171102 WA0013 

Aktiviti

Program Advokasi Klik Dengan Bijak ini disasarkan kepada semua pelajar tingkatan 3 dengan penerangan teori-teori KDB serta contoh-contoh kes yang berlaku dialam siber. Kandungan slot juga disusuli dengan kuiz kefahaman tentang KDB dimana para pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan diberikan beberapa soalan dan kuiz berkumpulan serta perlu membincangkan jawapan kepada soalan tersebut di dalam kumpulan. Jawapan yang dikumpul akan diteliti  oleh petugas PI1M dan kumpulan yang menjawab dengan pemarkahan tertinggi akan diberikan hadiah. 

Tarikh / Masa

24 Oktober 2017 / 2.00 Petang - 4.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik peserta agar lebih mahir dari segi keusahawanan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai dengan sesuatu kreativiti. Melalui kreativiti dan usaha, wanita masa kini mampu meningkatkan taraf ekonomi yang kian mencabar pada masa sekarang.

22788667 1276507765786893 6553353435116955289 n 22688115 1276507705786899 1173765253935336653 n

Aktiviti

Kelas dimulai dengan sesi pengenalan kepada produk-produk yang berasaskan bahan kitar semula dan sisa tidak terpakai yang ada di persekitaran. Kelas yang dijalankan pada kali ini adalah diinspirasikan dari daun pokok getah yang mana digubah menjadi bunga yang berpotensi dipasarkan. Kelas diteruskan dengan demonstrasi penghasilan bunga gubahan dari daun pokok getah oleh tenaga pengajar dan peserta diberi peluang untuk mencuba dan menghasilkan sendiri gubahan bunga dari daun getah tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Tarikh / Masa

20 Oktober 2017 / 4.00 Petang - 6.00 Petang

21 Oktober 2017 / 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan memperkenal dan melatih peserta mencipta video dengan imej-imej yang disediakan melalui aplikasi Filmora.

20171020 172428 20171020 172444

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk mencipta video dan contoh hasil video yang telah tercipta. Kelas diteruskan dengan pengenalan kepada aplikasi Filmora dan fungsi-fungsi yang tersedia di dalam aplikasi tersebut seterusnya menghasilkan video mengikut kreativiti peserta dengan bimbingan petugas PI1m.

Tarikh / Masa

21 Oktober 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Publisher ini dijalankan bertujuan memperkenal dan mendidik serta memahirkan pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan seperti mencipta poster menggunakan Microsoft Office Publisher. 

20171021 101738 20171021 101920

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan dengan perisian Microsoft Office Publisher dengan fungsi-fungsi yang tersedia dan diajarkan teknik dalam mencipta sesuatu poster.

Tarikh / Masa

13 Oktober 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memahirkan para pelajar Sekolah Rendah dan Menengah dalam menghasilkan sesuatu lukisan melalui perisian Paint.

 22365700 1267092250061778 5207203803631954851 n 22366372 1267092450061758 8981590104669244392 n

Aktiviti

Pelajar didedah dan diajar mencipta sesuatu animasi melalui perisian Paint dengan fungsi-fungsi yang tersedia. Melalui fungsi-fungsi tersebut, pelajar diajar untuk melukis sesuatu animasi melalui fungsi shapes tertentu dan seterusnya mewarna animasi tersebut mengikut kreativiti masing-masing.