Tarikh / Masa
24 Oktober 2017 / 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik peserta agar lebih mahir dari segi keusahawanan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai dengan sesuatu kreativiti. Melalui kreativiti dan usaha, wanita masa kini mampu meningkatkan taraf ekonomi yang kian mencabar pada masa sekarang.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan sesi pengenalan kepada produk-produk yang berasaskan bahan kitar semula dan sisa tidak terpakai yang ada di persekitaran. Kelas yang dijalankan pada kali ini adalah diinspirasikan dari daun pokok getah yang mana digubah menjadi bunga yang berpotensi dipasarkan. Kelas diteruskan dengan demonstrasi penghasilan bunga gubahan dari daun pokok getah oleh tenaga pengajar dan peserta diberi peluang untuk mencuba dan menghasilkan sendiri gubahan bunga dari daun getah tersebut mengikut kreativiti masing-masing.