Tarikh : 01 Mac 2018 
 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Balai Surau Kampung Raja, Bukit kepong.
 Peserta : Wanita Dan IKS Mukim Bukit Kepong

 

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk mendidik dan memahirkan para peserta dalam seni masakan Apam Susu dengan teknik pemakanan yang berasaskan kesihatan. Melalui teknik yang betul, hasil masakan juga berpotensi tinggi untuk dipasarkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.

Aktiviti

Bengkel diseliakan oleh seorang tenaga pengajar dari Risda Bahagian Pagoh dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan Apam Susu selain seni yang boleh diterapkan di dalam masakan tersebut. Teori yang diberikan disusuli praktikal pelajar mengikut kreativiti masing-masing.

IMG 20180227 122552 IMG 20180227 122931

 Tarikh  : 22 Februari 2018
 Masa  : 3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  : Bilik Mesyuarat, Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kepong.
 Peserta  : JKKK Kampung Tui, Kampung Sungai Meda, Kampung Kechik, Kampung Raja, Kampung Sawah Laku, Kampung Bukit Bendar dan Kampung Bukit Panjang.

 

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Pilihanraya Umum (PRU) 2018 yang bakal dilaksanakan.

Aktiviti

Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang PRU yang bakal dijalankan bagi penggal 2018 serta perbincangan terhadap cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan proses-proses PRU 2018.

IMG 20180223 WA0011 IMG 20180223 WA0012

 Tarikh  : 15 Februari 2018
 Masa  : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi  : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Bahasa Inggeris Dan English Central dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran Bahasa Inggeris melalui laman web pendidikan tertentu sebagai rujukan dan sumber bantuan kepada para pelajar.

Aktiviti

Pelajar didedahkan kepada video tertentu secara atas talian bagi membantu penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris iaitu dari aspek pembacaan dan pertuturan. Seterusnya pelajar didedahkan kepada laman web pendidikan Bahasa Inggeris English Central dan mengikuti pembelajaran berdasarkan silibus yang tersedia.

27972948 1377265349044467 153962342963959935 n 27973728 1377265295711139 4418895122404539530 n

 Tarikh  : 20 Februari 2018
 Masa  : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta  : Usahawan

 

Tujuan

Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan memahirkan peserta dari segi pemasaran di dalam perniagaan dan mendedahkan peluang yang boleh dicapai melalui kuasa media sosial khususnya melalui medium MyShop.

Aktiviti

Latihan dimulakan dengan mendedahkan peserta kepada media sosial dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Melalui media, peserta diajarkan cara mengiklankan sesuatu produk dengan lebih cekap dan berkesan serta berdaya saing yang tinggi. Antaranya medium yang diberi keutamaan ialah melalui modul MyShop. Peserta juga diajarkan cara mendapatkan info-info serta peluang-peluang yang baru yang mana mampu menjadikan sesuatu perniagaan itu lebih berpotensi.

27973095 1377208015716867 729267688639324528 n 28167169 1377208045716864 5708995418548494429 n

 Tarikh  : 14 Februari 2018
 Masa  : 5.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi  : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong.
 Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

Tujuan aktiviti dijalankan adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar supaya kreatif dan fokus dalam menghasilkan sesuatu tugasan dengan bahan-bahan yang disediakan dan berpandukan kepada arahan yang diberikan.

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang hasil kerja yang perlu disiapkan dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan arahan yang diberikan. Penekanan diberikan kepada para pelajar untuk menyiapkan hasil kerja mengikut kreativiti masing-masing.

27858574 1372913782812957 6127087544241425344 n 27972160 1372913722812963 8487911655361375434 n