Tarikh | : 12 Februari 2018 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Tabika KEMAS Kg Tui 1, Bukit Kepong. |
Peserta | : Guru Tabika KEMAS Zon Bukit Kepong dan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. |
Tujuan
Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program-program yang bakal dijalankan dan isu-isu serta hal ehwal yang bersangkutan dengan Tabika KEMAS.
Aktiviti
Mesyuarat didahului dengan sesi penerangan ringkas tentang program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017 dan membincangkan program-program yang bakal dirangka bagi penggal 2018 serta perbincangan terhadap cadangan-cadangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan program selain isu-isu semasa serta hal ehwal Tabika KEMAS.