Tarikh / Masa

07 Disember 2017 / 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Permainan Pendidikan dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti UPToTen.com dalam menambahbaik kualiti kendiri selain sebagai salah satu altenatif untuk menarik lagi minat para pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

IMG 20171215 WA0002 IMG 20171215 WA0004

Aktiviti

Topic pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu UpToTen.com dimana para pelajar diberikan penerangan ringkas tentang laman web pendidikan ini sebelum sesi pembelajaran bermula. Pelajar didedahkan kepada modul-modul yang tersedia di dalam web tersebut dan mengaplikasikan sesuatu tugasan berdasarkan arahan dari petugas PI1M.

Tarikh / Masa

06 Disember 2017 / 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran kelas ini adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan bingkai gambar (Frame) dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian iaitu melalui medium-medium tertentu seperti Youtube dan sebagainya.

20171206 113937 20171206 124132

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang bingkai gambar yang perlu dicipta dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian seperti tutorial di Youtube.com.

Tarikh / Masa

04 Disember 2017 / 9.00 Pagi - 3.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran aktiviti adalah bagi menyediakan perkhidmatan mengemaskini permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara beramai-ramai dalam memastikan masyarakat tidak terlepas pandang dalam tanggungjawab mengemaskini permohonan masing-masing. Aktiviti ini juga merupakan titik tolak dan salah satu langkah dalam mempromosikan PI1M sebagai agen pembangunan dan transformasi rakyat dalam pelbagai aspek.

24174175 1462967927154497 2315316952567194769 n br1m2

Aktiviti

Pusat Internet 1Malaysia dijemput sebagai agen dan memulakan aktiviti dengan membuka 5 kaunter untuk urusan mengemaskini permohonan BR1M yang mana setiap kaunter diwakili oleh seorang petugas yang berperanan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Tarikh / Masa

05 Disember 2017 / 3.00 Petang - 5.00 Petang

Tujuan

Tujuannya adalah untuk memupuk semangat kerjasama dikalangan peserta disamping mendidik para pelajar tentang teknik snapshoot yang betul melalui pertandingan yang dijalankan.

20171205 154036 20171205 161013

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan tentang aktiviti sebelum dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu mencari objek yang disembunyikan. Setelah objek ditemui, peserta diminta untuk melakukan snapshoot terbaik terhadap objek yang ditemui dan diserahkan kepada petugas PI1M untuk tujuan penilaian kepada pemenang.

Tarikh / Masa

23 November 2017 / 2.00 Petang - 4.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran program adalah untuk mendidik para peserta untuk menjalankan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang baik.

20171123 145113 20171123 154902

Aktiviti

Program diseliakan oleh Petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja Bukit Kepong dengan mengajar dan menerangkan teknik yang betul dalam menu masakan Roti Sushi dan Sandwich Crab selain  bahan makanan lain yang boleh diterapkan di dalam masakan tersebut. Teori yang diberikan disusuli praktikal pelajar mengikut kreativiti masing-masing.