Tarikh / Masa
03 Ogos 2017 / 11.00 Pagi - 01.00 Petang
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan tertentu seperti UPToTen.com dalam menambahbaik kualiti kendiri selain sebagai salah satu altenatif untuk menarik lagi minat para pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan dan diberi penerangan ringkas tentang komponen asas sebuah computer serta fungsi-fungsinya melalui paparan yang disediakan. Sebelum memulakan topic pembelajaran utama, pelajar didedah dan diajarkan teknik senaman otak yang mana memerlukan semua pelajar melakukan teknik tersebut berdasarkan model (petugas). Topic pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu UpToTen.com dimana para pelajar diberikan penerangan ringkas tentang laman web pendidikan ini sebelum sesi pelajaran bermula. Kelas berakhir dengan pemberian goodies ringkas dari PI1M dan sesi bergambar.
Tarikh / Masa
11 Ogos 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan memdedahkan dan mendidik serta memahirkan para pelajar mengaplikasikan Microsoft Office Word sebagai salah satu medium perlaksanaan sesuatu tugasan sekolah.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan melalui arahan yang diberikan.
Tarikh / Masa
18 Ogos 2017 / 4.00 Petang - 6.00 Petang
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk menarik minat para pelajar dan menyemai rasa cintakan Negara melalui seni kolaj yang dihasilkan.
Aktiviti
Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang kemerdekaan Negara dan nilai-nilai patrotik yang perlu ade di setiap hati rakyat. Setiap pelajar diberikan satu lukisan yang berunsurkan kenegaraan dan melakukan aktiviti kolaj mengikut masa yang telah ditetapkan.
Tarikh / Masa
18 Ogos 2017 / 3.00 Petang - 4.00 Petang
Tujuan
Tujuan penganjuran aktiviti adalah untuk menarik minat para pelajar dalam aktiviti kerja kayu yang berunsurkan kemerdekaan dalam usaha menyemai nilai-nilai patriotik di setiap jiwa pelajar.
Aktiviti
Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang kemerdekaan Negara dan nilai-nilai patrotik yang perlu ade di setiap hati rakyat. Pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diberikan kraf kayu yang perlu disiapkan secara bekerjasama.