Tarikh / Masa

08 Oktober 2017 / 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Tujuan

Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan program Advokasi Klik Dengan Bijak yang bakal diadakan di SMK Munshi Ibrahim Labis.

 20171008 115052 20171008 120554

Aktiviti

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Kluster dimulai dengan penerangan ringkas tentang program advokasi yang bakal dianjur termasuk kapasiti atau jumlah pelajar yang terlibat. Disusuli dengan pengisian program, setiap petugas diberi tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa program dijalankan.

Tarikh / Masa

25 September 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan Latihan ICT yang akan dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Raja, Bukit kepong.

22007323 1253628078074862 3080683067134522315 n 22008458 1253627511408252 3453369380794693497 n

Aktiviti

Mesyuarat yang dijalankan adalah berkisarkan perbincangan mengenai Latihan ICT yang telah disusun atur oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia meliputi peserta yang terlibat, modul dan perkara yang berkaitan dengan latihan.

Tarikh / Masa

27 September 2017 / 3.00 Petang - 6.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran program adalah bagi memperkenal dan mendidik peserta tentang teknik penjagaan kulit dengan cara yang betul dan selamat.

22045759 1255934907844179 393737924208160611 n 22089466 1255934791177524 3716716284339076750 n

Aktiviti

Peserta diberi penerangan oleh Kakitangan Mary Kay berkenaan kepentingan kesihatan dan keselamatan kulit dengan beberapa kaedah tertentu termasuk dari segi pemakanan dan penggunaan produk atau alatan solek. Setiap peserta diberikan satu set alatan solek dari Mary Kay dan diajarkan tutorial teknik solekan dengan tepat dan berkesan.

Tarikh / Masa

28 September 2017 / 2.30 Petang - 3.30 Petang

Tujuan

Aktiviti dijalankan bertujuan memupuk semangat kerjasama dikalangan peserta dalam kumpulan melalui aktiviti mencantum puzzle bendera negeri-negeri di Malaysia.

22007847 1255937374510599 7243340857491145682 n 22045872 1255937381177265 818353414480304568 n

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan satu bendera bagi setiap kumpulan yang mana memerlukan mereka mencantumkan puzzle bagi membina bendera negeri yang diberikan.

Tarikh / Masa

08 September 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Kelas Multimedia ini dijalankan bertujuan untuk memperkenal dan memahirkan para pelajar Sekolah Rendah dalam menghasilkan animasi bergerak di dalam perisian Microsoft office Power Point.

 21765186 1253620024742334 5297925043009151784 n 21768305 1253620201408983 8945253073611348610 n

Aktiviti

Pelajar didedah dan diajar mencipta animasi bergerak melalui perisian Microsoft Office Power Point melalui pemilihan imej-imej dan objek-objek tertentu sebagai subjek.