Tarikh / Masa

24 Disember 2017 / 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Tujuan

Program yang dianjurkan bertujuan menyahut seruan Negara agar mendidik komuniti yang sihat melalui sukan selain memupuk komuniti yang bersatu padu melalui penganjuran sesuatu aktiviti dan program seumpamanya.

20171224 160434 20171224 171237

Aktiviti

Program dijalankan dengan aktiviti-aktiviti sukan yang telah disusun antaranya aktiviti memancing, sukaneka bagi kategori kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa, Pertandingan Futsal, Pertandingan Karaoke, Teka Kacang dan Gusti Lengan.

Tarikh / Masa

15 Disember 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Kelas Asas Microsoft Office Publisher ini dijalankan bertujuan memperkenal dan mendidik serta memahirkan para pelajar dalam mencipta sesuatu tugasan seperti mencipta Kad Ucapan menggunakan Microsoft Office Publisher. 

20171215 113350 20171215 113357

Aktiviti

Pelajar diperkenalkan dengan perisian Microsoft Office Publisher dengan fungsi-fungsi yang tersedia dan diajarkan teknik dalam mencipta sesuatu Kad Ucapan yang mengikut kreativiti masing-masing.

Tarikh / Masa

07 Disember 2017 / 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tujuan

Kelas E-Pembelajaran Permainan Pendidikan dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan berkualiti tertentu seperti UPToTen.com dalam menambahbaik kualiti kendiri selain sebagai salah satu altenatif untuk menarik lagi minat para pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

IMG 20171215 WA0002 IMG 20171215 WA0004

Aktiviti

Topic pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu UpToTen.com dimana para pelajar diberikan penerangan ringkas tentang laman web pendidikan ini sebelum sesi pembelajaran bermula. Pelajar didedahkan kepada modul-modul yang tersedia di dalam web tersebut dan mengaplikasikan sesuatu tugasan berdasarkan arahan dari petugas PI1M.

Tarikh / Masa

08 Disember 2017 / 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Tujuan

Tujuan penganjuran kelas ini adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan sesuatu hasil seni dengan berpandukan pembelajaran atas talian melalui medium-medium tertentu seperti Youtube dan sebagainya.

24991209 1315020155268987 4810294975575059463 n 24993410 1315020825268920 6799055917142372986 n

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang hasil seni yang perlu dicipta dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian seperti tutorial di Youtube.com.

Tarikh / Masa

06 Disember 2017 / 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tujuan

Tujuan penganjuran kelas ini adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan bingkai gambar (Frame) dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian iaitu melalui medium-medium tertentu seperti Youtube dan sebagainya.

20171206 113937 20171206 124132

Aktiviti

Pelajar diberikan penerangan ringkas tentang bingkai gambar yang perlu dicipta dengan bahan-bahan yang disediakan berpandukan pembelajaran atas talian seperti tutorial di Youtube.com.