Tarikh | : 14 April 2018 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar mengaplikasikan laman tertentu dalam mengulangkaji serta menjalankan latihan akademik yang diberikan.
Aktiviti
Pelajar didedahkan kepada penggunaan dan penguasaan sesuatu pembelajaran secara atas talian melalui sesuatu laman web selain sumber rujukan tertentu dalam menambahbaik kualiti akademik pelajar yang terlibat. Melalui kelas yang dijalankan, pelajar dapat menambahbaik penguasaan pembelajaran dan akademik diri melalui pembelajaran secara atas talian selain dapat mengumpul sumber rujukan tambahan bagi matapelajaran yang terlibat selain dapat mengaplikasikan teknologi ICT masa kini dalam menambahbaik teknik dan kualiti pembelajaran.
Tarikh | : 12 April 2018 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Usahawan / Wanita |
Tujuan
Tujuan latihan dijalankan adalah untuk mendidik dan mendedahkan kepada peserta tentang salah satu komponen promosi perniagaan iaitu kad perniagaan. Kad perniagaan merupakan salah satu teknik memperkenal dan mempromosi produk dan perkhidmatan bagi sesuatu perniagaan dimana ianya merupakan tanggapan awal pelanggan terhadap sesuatu perniagaan.
Aktiviti
Latihan dimulakan dengan menerang dan mendedahkan kepada peserta kepada komponen promosi dalam sesuatu perniagaan dan factor-faktor kejayaan sesuatu promosi. Kad perniagaan merupakan salah satu komponen perniagaan yang penting dan merupakan agen yang mencipta tanggapan pelanggan terhadap sesuatu perniagaan. Peserta diberikan contoh-contoh kad perniagaan yang baik dan diajar mencipta kad perniagaan dengan mengaplikasikan teknologi ICT dan media masa kini dengan menyunting imej-imej tertentu dan memasukkan maklumat-maklumat perniagaan ke dalam kad perniagaan.
Tarikh | : 10 & 11 April 2018 |
Masa | : 11.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malayia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 1 & Pelajar Tabika KEMAS Kg Tui 2 |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran dijalankan bertujuan mengasah dan menambahbaik teknik pembelajaran secara atas talian serta melatih para pelajar menggunakan laman pendidikan tertentu seperti UPToTen.com dalam menambahbaik kualiti kendiri dan keyakinan pelajar selain sebagai salah satu altenatif untuk menarik lagi minat para pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan dan diberi penerangan ringkas tentang komponen asas sebuah computer serta fungsi-fungsinya melalui paparan yang disediakan. Sebelum memulakan topic pembelajaran utama, pelajar didedah dan diajarkan teknik senaman otak yang mana memerlukan semua pelajar melakukan teknik tersebut berdasarkan model (petugas). Topic pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada suatu laman web pendidikan yang berkualiti iaitu UpToTen.com dimana para pelajar diberikan penerangan ringkas tentang laman web pendidikan ini sebelum sesi pelajaran bermula. Kelas berakhir dengan pemberian goodies dari PI1M dan sesi bergambar.
Tarikh | : 12 April 2018 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Raja, Bukit Kepong. |
Peserta | : Belia |
Tujuan
Kelas Asas Microsoft Office ini dijalankan bertujuan mendedahkn dan mendidik serta memahirkan peserta dalam menyiapkan sesuatu tugasan menggunakan Microsoft Office Word melalui menu-menu tertentu.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Office Word dan fungsinya seterusnya dibimbing mencipta sesuatu tugasan melalui menu Insert yang tersedia. Melalui kelas yang dijalankan, ianya dapat mendidik dan menggalakkan peserta dalam penggunaan teknologi digital masa kini dalam perlaksanaan sesuatu tugasan serta kelebihan yang diperolehi daripadanya selain mempromosikan PI1M melalui perkhidmatan yang disediakan serta latihan-latihan yang dianjurkan dari masa ke semasa.
Tarikh | : 05 April 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Maokil 1, Bukit Kepong. |
Peserta | : Petugas PI1M Taman Perling, PI1M Felda Maokil, PI1M Kg Raja Bukit Kepong, PI1M Pekan Lenga dan PI1M Pagoh Jaya. |
Tujuan
Mesyuarat dijalankan adalah bertujuan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Bersama Komuniti Parlimen Pagoh 2018 yang bakal diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga.
Aktiviti
Mesyuarat yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Maokil ini dimulai dengan penerangan ringkas tentang Program Hari Bersama Komuniti Parlimen Pagoh 2018 yang bakal dianjur secara bersama gabungan 5 site Pusat Internet 1Malaysia. Ianya termasuk perbincangan mengenai pengisian program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selain penyertaan termasuk VIP dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat sama. Mesyuarat juga merangkumi aktiviti pembahagian tugas kepada PI1M-PI1M yang terlibat mengikut kesesuaian.